Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

III - Pelantikan Mufti, Kuasa dalam Hal Ehwal Agama, Jawatankuasa Fatwa dan Fatwa yang Berhubungan dengan Kepentingan Nasional

Seksyen

50

Tajuk

Pindaan, ubahsuaian atau pembatalan fatwa
50 [1]

Jawatankuasa Fatwa boleh meminda, mengubahsuaikan atau membatalkan mana-mana fatwa yang telah disiarkan dalam Warta di bawah Enakmen ini, atau di bawah Enakmen terdahulu.

50 [2]

Sesuatu pindaan, ubahsuaian atau pembatalan sesuatu fatwa
hendaklah disifatkan sebagai suatu fatwa dan peruntukan-peruntukan seksyen 48, kecuali subseksyen 48(7), hendaklah terpakai baginya.

50 [3]

Sesuatu pindaan, ubahsuaian atau pembatalan sesuatu fatwa
yang disiarkan dalam Warta hendaklah disertakan dengan pernyataan bahawa fatwa itu dibuat di bawah subseksyen (1).

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.