Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999
Bahagian
IV
Seksyen
16
Tajuk
Seseorang hendaklah tidak dianggap sebagai menarik balik wasiatnya atas sebab—
(a) penafian wasiat tersebut oleh orang lain;
(b) pewasit telah mengubahsuai bentuk harta yang diwasiatkan; atau
(c) pewasiat melakukan apa-apa perbuatan atau penambahan ke atas harta yang diwasiatkan di mana penambahan tersebut tidak merupakan sesuatu yang bebas dengan sendirinya, kecuali terdapat bukti, sama ada dengan qarinah atau urf, bahawa pewasiat bertujuan dengan perbuatan perbuatan atau penambahan itu bertujuan untuk menarik balik wasiatnya.
Disclaimer (Penafian):
Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.
Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.