Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003
Bahagian
V - Prosiding dalam Pendakwaan
Bab
3 - Darihal Pertuduhan
Seksyen
90
Tajuk
Jika kesalahan itu adalah suatu siri perbuatan yang sebegitu berkaitan bersama sehingga menjadikannya transaksi yang sama, orang yang dituduh atas kesalahan itu boleh dipertuduh dan dibicarakan pada satu perbicaraan bagi tiap-tiap kesalahan itu.
Jika perbuatan yang dikatakan menjadi kesalahan di bawah dua takrif kesalahan yang berasingan atau lebih, orang yang dituduh atas kesalahan itu boleh dipertuduh dan dibicarakan pada satu perbicaraan bagi setiap kesalahan itu.
Jika beberapa perbuatan, yang satu daripadanya atau lebih boleh sendirinya mewujudkan suatu kesalahan, apabila digabungkan menjadi suatu kesalahan yang lain, maka orang yang dituduh atas kesalahan-kesalahan itu boleh dipertuduh dan dibicarakan pada satu perbicaraan bagi kesalahan yang wujud melalui perbuatan- perbuatan itu apabila digabungkan, atau bagi mana-mana kesalahan yang wujud melalui mana-mana satu daripada perbuatan itu atau lebih.
Disclaimer (Penafian):
Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.
Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.