Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

VII - Peruntukan Tambahan

Bab

3 - Darihal Jaminan

Seksyen

190

Tajuk

Penjamin boleh memohon supaya bon dilepaskan
190 [1]

Mana-mana penjamin bagi kehadiran seseorang yang dilepaskan atas jaminan boleh pada bila-bila masa memohon kepada seorang Hakim supaya melepaskan bon itu sama ada pada keseluruhannya atau setakat yang berhubungan dengan pemohon itu.

190 [2]

Apabila permohonan sedemikian dibuat, Hakim hendaklah mengeluarkan waran tangkap mengarahkan supaya orang yang dilepaskan sedemikian dibawa ke hadapannya.

190 [3]

Apabila orang itu hadir menurut waran itu atau dia menyerah
diri dengan sukarela, Hakim hendaklah mengarahkan supaya bon itu dilepaskan, sama ada pada keseluruhannya atau setakat yang berhubungan dengan pemohon itu, dan hendaklah meminta orang itu mencari penjamin lain yang mencukupi, dan jika dia tidak berbuat demikian Hakim itu boleh memenjarakannya.

190 [4]

Seseorang penjamin boleh pada bila-bila masa menangkap orang yang bagi kehadirannya dia menjadi penjamin dan dengan serta-merta membawanya ke hadapan seorang Hakim, yang hendaklah
sesudah itu melepaskan bon penjamin itu dan hendaklah meminta orang itu mencari penjamin lain yang mencukupi, dan jika dia tidak berbuat demikian Hakim itu hendaklah memenjarakannya.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.