Enakmen Pembekalan Air 1997
Bahagian
V - Kawasan-Kawasan Tadahan
Seksyen
23
Tajuk
Pihak Berkuasa Negeri boleh, melalui perintah yang disiarkan di dalam Warta , mengisytiharkan mana- mana tasik atau sungai atau jalan air atau mana-mana bahagian daripadanya atau kawasan-kawasan sekelilingnya sebagai kawasan tadahan untuk wadah penampungan atau tempat kemasukan bekalan air jika difikirkan oleh Pihak Berkuasa Negeri pengisytiharan itu adalah perlu untuk tujuan pemuliharaan atau perlindungannya.
Perintah yang dibuat i bawah subseksyen (1) hendaklah
{a) menentukan sempadan-sempadan kawasan tadahan;
{b) menyatakan jenis-jenis aktiviti, jika ada, di dalam kawasan tadahan tersebut atau mana-mana bahagian daripadanya yang mana hendaklah menjadi kawasan larangan untuk melindungi dan menjamin sumber air; dan
{c) memaklumkan butir-butir lain sebagaimana diperlukan untuk maklumat awam.
Disclaimer (Penafian):
Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.
Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.