Enakmen Pengawalan Penternakan Babi 1991
Bahagian
III - Kawasan Penternakan Babi
Seksyen
6
Tajuk
Pihak Berkuasa Negeri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, menetapkan mana-mana kawasan dalam Negeri sebagai “Kawasan Penternakan Babi”;
Pihak Berkuasa Negeri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, menetapkan mana-mana kawasan yang berdampingan dengan atau mengelilingi Kawasan Penternakan Babi sebagai “Zon Penampan Babi”.
Tidak siapa pun boleh menjalankan apa-apa aktiviti dalam Zon Penampan Babi kecuali dengan kebenaran bertulis Pihak Berkuasa Negeri; dan kebenaran itu boleh diberi hanya bagi aktiviti-aktiviti sebagaimana yang ditetapkan oleh kaedah-kaedah.
Mana-mana orang yang menjalankan apa-apa‘ aktiviti dalam Zon Penampan Babi tanpa kebenaran bertulis Pihak Berkuasa Negeri adalah melakukan suatu kesalahan.
Disclaimer (Penafian):
Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.
Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.