Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003
Bahagian
III - Peruntukan Am Yang Lain
Bab
2 - Darihal Menangkap, Melarikan Diri dan Menangkap Semula
Seksyen
10
Tajuk
Dalam membuat sesuatu penangkapan Pegawai Penguatkuasa Agama, pegawai polis atau orang lain yang membuat penangkapan itu hendaklah sebenarnya menyentuh atau mengurung tubuh orang yang hendak ditangkap itu, melainkan jika orang itu menyerah diri sama ada dengan perkataan atau melalui perbuatan.
Jika orang itu dengan menggunakan kekerasan menentang usaha menangkapnya atau cuba mengelakkan penangkapan itu, pegawai atau orang lain itu bolehlah menggunakan segala langkah yang perlu untuk melaksanakan penangkapan itu.
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini memberikan hak untuk menyebabkan kematian mana-mana orang.
Disclaimer (Penafian):
Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.
Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.