Enakmen Pembekalan Air 1997
Bahagian
IX - Sekatan Bekalan Air
Seksyen
49
Tajuk
Mana-mana orang yang melanggar atau gagal untuk mematuhi peruntukan-peruntukan subseksyen (1) seksyen 48 atau terma-terma dan syarat-syarat mana-mana penggantungan atau pengetepian di bawah subseksyen {2)(b) seksyen yang sama, adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjara bagi tempoh selama tidak melebihi tahun atau kedua-duanya.
Di mana apa-apa premis yang dihuni oleh mana- mana orang selain daripada pemunya, penghuni tersebut hendaklah dianggap telah melakukan perlanggaran itu atau telah gagal untuk mematuhi peruntukan-peruntukan subseksyen 49(1) atau terma-terma dan syarat-syarat mana-mana penggantungan atau pengetepian di bawah
subseksyen {2)(b) seksyen yang sama melainkan dibuktikan bahawa dia telah mengambil semua langkah-langkah yang munasabah untuk mencegah perlanggaran atau kegagalan tersebut.
Disclaimer (Penafian):
Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.
Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.