Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988.

Seksyen

14

Tajuk

Pemerik­saan Saksi.
14 [1]

Pegawai bertauliah yang membuat penyiasatan di bawah Seksyen 12 boleh memeriksa secara lisan mana-mana orang yang dijangka tahu akan fakta-fakta dan hal keadaan yang berkaitan dengan kes itu dan hendaklah menyebabkap apa-apa pernyataan yang dibuat oleh orang yang disiasat itu ditulis.

14 [2]

Orang itu adalah diwajibkan menjawab semua soalan berhubung dengan kes yang dikemukakan kepadanya oleh pegawai bertauliah itu

Dengan syarat orang sedemikian itu boleh enggan menjawab apa-apa soalan yang jawapannya berkemungkinan mendedahkannya kepada suatu pertuduhan jenayah atau penalti atau lucut hak.

14 [3]

Seseorang yang membuat pernyataan di bawah seksyen ini adalah diwajibkan di sisi undang-undang menyatakan apa yang sebenarnya, sama ada atau lidak pernyataan itu dibuat pada keseluruhan atau sebahagiannya bagi menjawab soalan-soalan.

14 [4]

Pegawai bertauliah yang memeriksa seseorang di bawah seksyen kecil (1) hendaklah, terlebih dahulu memberitahu orang itu akan peruntukan-peruntukan seksyen kecil (2) dan (3).

14 [5]

Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah, apabila boleh, ditulis dan hendaklah ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau ditandakan dengan cap ibujarinya mengikut mana yang berkenaan, setelah ianya dibaca kepadanya dalam bahasa dalam mana dia membuatnya dan setelah dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.