Enakmen Industri Berasas Kayu 1985
Bahagian
II - Perlesenan Industri-Industri Berasas Kayu
Seksyen
10
Tajuk
Pengeluaran sesuatu lesen tidak melepaskan pemegang lesen daripada mematuhi mana-mana undang-undang Persekutuan yang berhubungan dengan aktiviti-aktiviti yang baginya lesen itu dikeluarkan.
Sesuatu lesen tidak boleh mengandungi apa-apa syarat atau sekatan yang bertentangan atau yang tak selaras dengan apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan ke atas mana-mana lesen lain yang telah dikeluarkan kepada pemegang lesen di bawah mana- mana undang-undang Persekutuan yang berkaitan dengan aktiviti itu dan apa-apa syarat atau sekatan yang bertentangan atau yang tak selaras dengan syarat- syarat atau sekatan-sekatan’berkenaan adalah tidak sah setakat mana syarat atau sekatan itu bertentangan atau tak selaras
Disclaimer (Penafian):
Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.
Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.