Enakmen Pembekalan Air 1997

Bahagian

X - Pelbagai

Seksyen

67

Tajuk

Pemansuhan Undang-Undang Yang Ada dan N.M.B Bab 203
67 [1]

Apabila berkuatkuasanya Enakmen ini, Enakmen Bekalan Air setakat mana terpakai kepada Negeri Selangor adalah dimansuhkan;

Dengan syarat bahawa semua kaedah dan peraturan yang telah dibuat atau yang berkuatkuasa seolah-olah kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan itu telah dibuat di bawahnya dan yang berkuatkuasa pada permulaan Enakmen ini hendaklah, setakat yang kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan itu tidak tak konsisten dengan Enakmen ini, dianggap telah dibuat di bawah Enakmen ini dan hendaklah terus berkuatkuasa sehinggalah dibatalkan dan digantikan dengan kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Enakmen ini.

67 [2]

Kecuali setakat yang diperuntukkan dengan nyata sebaliknya, tiada apa-apa jua dalam Enakmen ini boleh—

(a) menyentuh perjalanan kuatkuasa terdahulu, atau apa-apa jua yang dilakukan atau dibiarkan dengan sewajarnya di bawah Enakmen yang termansuh; dan

(b) menyentuh apa-apa hak, hakmilik, kepentingan, kebebasan, keistimewaan, obligasi atau liabiliti yang diperolehi, terakru atau dilakukan di bawah Enakmen termansuh.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.