Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003
Bahagian
III - Peruntukan Am Yang Lain
Bab
4 - Darihal Proses Untuk Memaksa Pengemukaan Dokumen dan Harta Alih Yang Lain dan Bagi Penemuan Orang Yang Dikurung Dengan Salah
Seksyen
49
Tajuk
Bilamana mana-mana tempat yang boleh digeledah atau diperiksa di bawah Bab ini adalah tertutup, maka mana-mana orang yang tinggal di dalam atau yang menjaga tempat itu hendaklah, apabila dikehendaki oleh pegawai atau orang lain yang melaksanakan waran itu dan apabila waran itu dikemukakan, membenarkannya bebas masuk ke dalamnya dan memberikan segala kemudahan yang munasabah untuk menggeledah di dalamnya.
Jika tempat itu tidak dapat dimasuki sedemikian, pegawai atau orang lain yang melaksanakan waran itu boleh bertindak mengikut cara yang diperuntukkan oleh subseksyen 11(2).
Disclaimer (Penafian):
Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.
Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.