Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999

Bahagian

III

Seksyen

14

Tajuk

Orang Yang Membunuh Pewasiat Tidak Berhak Kepada Wasiat.
14

Sesuatu wasiat hendaklah menjadi batal sekiranya sesorang  benefisiari dengan sengaja menyebabkan kematian pewasiat, secara langsung atau tidak langsung  sama ada dia bertindak sebagai prinsipal, rakan jenayah atau pesubahat atau sebagai  seorang saksi palsu yang keterangannya menyebabkan hukuman mati ke atas pewasiat dilaksanakan:

Dengan syarat bahawa pembunuhan tersebut adalah dilakukan tanpa hak atau keuzuran syarie dan benefisiari adalah sempurna akal dan telah mencapai umur matang menurut Hukum Syarak.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.