Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999

Bahagian

IV

Seksyen

15

Tajuk

Menarik Balik Wasiat.
15

Sesuatu wasiat boleh ditarik balik keseluruhan atau sebahagiannya dengan-

(a) penarikan balik secara nyata;

(b) penarikan balik secara tersirat; atau

(c) membuat wasiat yang baru yang mengatasi wasiat terdahulu.

15 [2]

Sesuatu wasiat hendaklah dianggap sebagai ditarik balik—

(a) jika pewasiat melakukan sesuatu perbuatan atau mewujudkan suatu keadaan yang menunjukkan dengan qarinah atau urf bahawa dia telah menarik balik wasiatnya; atau

(b) jika pewasiat telah melupuskan hartanya sehingga habis sekali.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.