Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003
Bahagian
III - Peruntukan Am Yang Lain
Bab
2 - Darihal Menangkap, Melarikan Diri dan Menangkap Semula
Seksyen
15
Tajuk
Bilamana seseorang ditangkap—
(a) oleh Pegawai Penguatkuasa Agama atau pegawai polis menurut waran yang tidak membenarkan jaminan atau menurut waran yang membenarkan jaminan tetapi orang yang ditangkap itu tidak dapat memberikan jaminan; atau
(b) tanpa waran dan orang yang ditangkap itu tidak dapat memberikan jaminan,
Pegawai Penguatkuasa Agama atau pegawai polis yang membuat penangkapan itu boleh memeriksa orang itu dan menyita segala barang yang dijumpai padanya selain daripada pakaian perlu yang dipakainya dan meletakkan barang itu dalam jagaan selamat, dan jika ada sebab untuk mempercayai bahawa mana-mana barang itu telah digunakan untuk melakukan kesalahan itu barang itu boleh ditahan sehingga orang itu dilepaskan atau dibebaskan.
Senarai segala barang yang disita di bawah subseksyen (1) hendaklah disediakan oleh pegawai yang membuat penangkapan itu dan hendaklah ditandatangani olehnya.
Disclaimer (Penafian):
Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.
Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.