Enakmen Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor 1972
Bahagian
III
Seksyen
14
Tajuk
Adalah dengan ini ditubohkan suatu kumpulanwang (kemudian daripada ini disebut “Kumpulanwang’) yang akan ditadbir dan dikawal oleh Perbadanan-
(a) yang kadalamnya akan dibayar-
(i) apa-apa wang yang diperuntokkan dari samasa kasama oleh Daerah Negeri;
(ii) apa-apa wang yang diuntokkan samasa kasama kapada Perbadanan daripada pendapatan pinjaman yang dipadatkan daripada Kerajaan Negeri Selangor;
(iii) segala wang yang dari samasa kasamasa diterima oleh atau kena dibayar kapada Perbadanan mengenai pembayaran balek mana-mana pinjaman yang diberi oleh Perbadanan dan bunga yang kena dibayar bagi mana-mana pinjaman itu;
(iv) wang-wang yang didapati atau yang timbul daripada apa-apa harta, pelaboran,gadaian- gadaian atau debenchar yang diperolehi oleh atau terlethak pada Perbadanan;
(v) apa-apa harta, pelaboran, gadaian, atau debenchar yang diperolehi oleh atau terletakhak pada Perbadanan;
(vi) segala wang atau harta lain yang mungkin dengan apa-apa chara kena dibayar kapada atau terletakhak pada Perbadanan dalam apa-apa perkara yang bersampingan dengan kuasa-kuasa dan kewajipan- kewajipannya; dan
(b) yang daripadanya akan dibayar-
(i) segala perbelanjaan (termasok perbelanjaan modal) yang dilakukan oleh Perbadanan pada menunaikan tanggongannya atau menjalakan kewajipannya;
(ii) wang-wang bagi membayar balek apa-apa pinjaman yang diberi kapada Perbadanan menurut kuasanya untok meminjam
(ii) gaji, bayaran atau saraan bagi pegawai- pegawai, ejen-ejen dan kakitangan dan penasihat teknikal atau lain-lain penasihat Perbadanan; dan
(iv) apa-apa bayaran akitek, pengurusan dan ejensi.
Disclaimer (Penafian):
Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.
Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.