Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor 1969
Bahagian
IV - Kerja2 dan Kuasa Perbadanan
Seksyen
13
Tajuk
Perbadanan boleh –
(a) menuboh, mengurus dan menyelenggara chawangan2 Perpustakaan ‘Am di-mana2 bahagian Negeri;
(b) mengada dan menyelenggara Perpustakaan Berkenderaan;
(c) membeli, tukar-menukar, meminjam dan menerima buku2, dan lain2 harta yang boleh di-aleh2 yang bersangkutan dengan penubohan dan pengurusan Perpustakaan ‘Am atau mana2 chawangan-nya atau mana2 Perpustakaan Berkenderaan;
(d) membeli, tukar-menukar, memajak dan memilek tanah bangunan dan lain2 harta yang tidak boleh di-aleh2 bagi penubohan Perpustakaan ‘Am atau mana2 chawangan-nya dan perkara2 yang bersangkutan dengan-nya;
(e) mengambil aleh mana2 perpustakaan yang ada di-dalam Negeri dengan persetujuan perpustakaan tersebut, dan pada melakukan-nya boleh-lah membuat apa1 konterek atau perkiraan yang menasabah dengan mana2 orang, kelab atau persatuan dengan persetujuan Raja dalam Majlis Meshuarat;
(f) membuat perhubongan dan bekerja sama setakat mana dan atas sharat2 sa-bagaimana yang di-sifatkan perlu dengan lain2 perpustakaan, Yayasan2 Pengajian Tinggi atau mana2 Persatuan Antara Bangsa, sama ada di-dalam Negeri2 Tanah Melayu atau di-luar Negeri;
(g) membuat apa2 jua perbuatan atau perkara yang di-fikirkan perlu dan patut pada menjalankan maksud2 Enactment ini.
Disclaimer (Penafian):
Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.
Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.