Enakmen Pembekalan Air 1997
Bahagian
IV - Bekalan Oleh Pemegang Lesen
Seksyen
19
Tajuk
Pemegang lesen boleh, berkaitan dengan perkhidmatan pembekalan air, melevi apa-apa tarif sebagaimana diluluskan secara bertulis oleh Pihak Berkuasa Negeri dari masa ke semasa mengambil kira apa-apa syarat di dalam lesen yang berkaitan dengan pembekalan air di kawasan-kawasan yang berlainan dan di bawah keadaan yang berlainan dan tarif yang telah diluluskan itu hendaklah diwartakan.
Setiap tarif yang dilevi oleh pemegang lesen menurut subseksyen (1)-
(a) hendaklah dirangka supaya menunjukkan cara cara dan prinsip-prinsip atas mana tarif itu dibuat dan juga harga-harga yang hendak dikenakan; dan
(b) hendaklah disiarkan dengan apa-apa cara supaya publisiti secukupnya diperolehi.
Apa-apa semakan tarif hendaklah tertakluk kepada kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.
Disclaimer (Penafian):
Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.
Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.