Enakmen Industri Berasas Kayu 1985
Bahagian
III - Penguatkuasaan
Seksyen
14
Tajuk
Seseorang pegawai hutan atau pegawai polis boleh menyita-
(a) apa-apa jua artikel atau benda yang dianggapnya perlu disita berkaitan dengan keterangan yang perlu untuk membuktikan suatu kesalahan yang dilakukan di bawah Enakmen ini;
(b) apa-apa kayu atau kayu ditukar bentuk yang mengenainya telah ada atau ada sebab munasabah bagi mengesyaki bahawa telah berlaku suatu kesalahan di bawah Enakmen ini;
(c) apa-apa jentera atau kumpulan jentera, atau bekas, pekej atau alat pengangkutan yang telah digunakan berkaitan dengan apa-apa kesalahan di bawah Enakmen ini atau yang di dalamnya apa-apa yang digunakan berkaitan dengan sesuatu kesalahan di bawah Enakmen ini telah dijumpai;
(d) apa-apa alat, buku, dokumen atau benda lain yang dengan munasabahnya dipercayai ada kaitan dengan apa-apa kesalahan di bawah Enakmen ini.
Disclaimer (Penafian):
Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.
Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.