Enakmen Pembekalan Air 1997
Bahagian
II - Pengarah Bekalan Air
Seksyen
8
Tajuk
Pengarah dan mana-mana pegawai yang diberikuasa olehnya hendaklah mempunyai kuasa untuk menyiasat kesalahan-kesalahan yang dilakukan di bawah Enakmen ini atau apa -apa peraturan yang dibuat di bawahnya.
Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberikuasa olehnya boleh, berhubung dengan apa-apa penyiasatan berkait dengan mana-mana kesalahan yang dilakukan di bawah Enakmen ini atau apa-apa peraturan yang dibuat di bawahnya, menggunakan kuasa-kuasa khas berhubung dengan siasatan polis kecuali kuasa untukmenangkap tanpa waran yang diberikan oleh Kanun Prosedur Jenayah untuk mana-mana kesalahan boleh tangkap.
Disclaimer (Penafian):
Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.
Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.