Enakmen Pembekalan Air 1997
Bahagian
X - Pelbagai
Seksyen
59
Tajuk
Jika mana-mana orang dituduh dengan suatu kesalahan di bawah mana-mana peruntukan Enakmen ini atau mana-mana peraturan dibuat di bawahnya adalah satu pertubuhan yang diperbadankan, setiap orang yang, pada masa kesalahan itu dilakukan adalah seorang Pengarah atau pegawai pertubuhan perbadanan itu boleh dituduh bersama di dalam prosiding yang sama dengan pertubuhan perbadanan, dan di mana pertubuhan perbadanan itu disabitkan dengan kesalahan yang dipertuduhkan, setiap pengarah atau pegawai itu adalah dianggapkan sebagai bersalah di atas kesalahan tersebut melainkan dia membuktikan kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya atau ia telah mengambil langkah- langkah yang munasabah untuk mencegah berlakunya kesalahan itu.
Sesiapa yang boleh menjadi liable di bawah mana- mana peruntukan Enakmen ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya kepada suatu penalti untuk apa- apa yang dilakukan atau ditinggalkan jika perkara itu telah dilakukan atau ditinggalkan atau ditinggalkan oleh dirinya sendiri, hendaklah liable kepada penalti yang sama jika perkara itu telah dilakukan atau ditinggalkan oleh rakan kongsinya, agen atau pekerja, melainkan dia membuktikan yang dia telah mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk menghalang berlakunya atau ketinggalan perkara itu.
Disclaimer (Penafian):
Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.
Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.