Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988.
Seksyen
4
Tajuk
Seseorang·adalah melakukan kesalahan jika dia memujuk, mempengaruhi atau menghasut seseorang yang berugama Islam-
(a) supaya cenderong kepada mana-mana ugama bukan Isla ; atau
(b) supaya menjadi penganut atau anggota mana mana ugama bukan Islam; atau
(c) supaya m·eninggalkan atau tidak suka kepada ugama Islam.
Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah seksyen kecjl (1) boleh,, apfl.pila disabitkan, dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau denda tidak melebilti sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya sekali.
Adalah tidak menjadi suatu pembelaan terhadap pertuduhan di bawah seksyen kecil (1) bahawa orang berugama Islam itu telah tidak terpengaruh oleh apa-apa perkara yang diperkata atau dilakukan oleh orang yang dituduh itu kepadanya .
Disclaimer (Penafian):
Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.
Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.