Enakmen Pembekalan Air 1997
Bahagian
III - Pelesenan
Seksyen
17
Tajuk
Mana-mana pemegang lesen, tanpa kebenaran bertulis dari Pengarah, membekalkan air atau memasang apa-apa sesalur utama atau paip atau membina apa-apa sistem bekalan air di luar kawasan bekalan airnya adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, dan apa-apa sesalur. utama, paip atau kerja yang tidak dibenarkan itu boleh, selepas disabitkan, dialihkan di atas arahan Pengarah, dan jika arahan itu tidak dipatuhi, kos untuk pengalihan itu hendaklah didapatkan balik dari pemegang lesen.
Mana-mana pemegang lesen, tanpa alasan yang sah, gagal untuk memati.Ihi apa-apa_ terma atau syarat yang dinyatakan di dalam lesen adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya dan, boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit bagi setiap hari selama mana kesalahan itu berterusan;
Disclaimer (Penafian):
Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.
Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.