Enakmen Pembekalan Air 1997
Bahagian
IV - Bekalan Oleh Pemegang Lesen
Seksyen
18
Tajuk
Tiada bahagian mana-mana sistem bekalan. airselain yang dimiliki oleh pihak berkuasa membekal boleh dikerjakanatau diuruskan atau dijalankan atau menyebabkan dikerjakan, atau diuruskan atau dijalankan kecuali oleh atau di bawah kawalan orang-orang yang memiliki kelayakan-kelayakan tertentu dan memegang sijil-sijil sebagaimana yang ditetapkan, dan tiada sesiapa yang tidak memiliki kelayakan kelayakan atau memegang sijil-sijil seperti yang dinyatakan boleh mengurus, menjalankan atau mempunyai kawalan ke atas atau menugaskan mana-mana bahagian mana-mana sistem bekalan air itu.
Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan, dan hendaklah apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya dan, jika pelanggaran itu berterusani boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari selama mana perlanggaran itu berterusan.
Disclaimer (Penafian):
Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.
Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.