Enakmen Industri Berasas Kayu 1985
Bahagian
IV - Pelbagai
Seksyen
29
Tajuk
Walaupun Enakmen Hutan Negeri Selangor Tahun 1934 telah dimansuhkan oleh Akta Perhutanan Negara 1984, setiap lesen berkenaan dengan suatu industri berasas kayu yang dikeluarkan di bawah Enakmen tersebut, yang sah sebelum sahaja Akta itu berkuatkuasa, hendaklah terus berkuatkuasa dan hendaklah disifatkan telah dikeluarkan di bawah Enakmen ini dan hendaklah tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Enakmen ini.
Peruntukan-peruntukan di bawah seksyen 11 berkaitan dengan penggantungan dan pembatalan lesen hendaklah digunakan bagi semua lesen yang disifatkan di bawah subseksyen (1) telah dikeluarkan di bawah Enakmen ini.
Disclaimer (Penafian):
Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.
Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.