Enakmen Pembekalan Air 1997
Bahagian
VII - Caj-Caj Air dan Deposit
Seksyen
36
Tajuk
Pemegang lesen boleh, tertakluk kepada mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Enakmen ini, meminta mana-mana orang yang menghendaki air dibekalkan untuk mendepositkan kepadanya apa-apa amaun wang sebagaimana pemegang lesen, dengan kelulusan Pengarah, boleh tetapkan, sebelum air boleh dibekalkan ke mana-mana premis.
Deposit, apabila dibuat, hendaklah tidak membawa faedah apabila dibayar balik dan hendaklah tidak melepaskan pendeposit atau pengguna daripada liabiliti untuk menyelesaikan apa-apa bil untuk bekalan air yang dikemukakan kepadanya oleh pemegang lesen.
Apabila bekalan air dihenti oleh pemegang lesen disebabkan kegagalan pendeposit atau pengguna untuk menyelesaikan apa-apa bil di bawah seksyen 40, amaun yang dinyatakan di dalam bil dari tarikh bil itu dibilkan ke tarikh bila bekalan air dihentikan boleh ditolak dari deposit.
Disclaimer (Penafian):
Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.
Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.