Enakmen Pembekalan Air 1997

Bahagian

III - Pelesenan

Seksyen

12

Tajuk

Cagaran Penggantungan Dan Pembatalan Lesen.
12 [1]

Sebelum apa-apa lesen dikeluarkan, Pengarah boleh menghendaki apa-apa cagaran sebagaimana beliau boleh tetapkan untuk dikemukakan sebagai syarat untuk pematuhan wajar terma-terma dan syarat-syarat lesen dan Enakmen ini.

12 [2]

Jika pada pendapat Pengarah pemegang lesen telah melanggar mana-mana syarat-syarat lesen gaga! untuk membayar balik apa-apa bayaran kepada Kerajaan Negeri atau telah terhenti dari kerja atau menjalankan  sistem bekalan air mengikut  syarat-syarat lesen  atau  perjanjian yang telah dibuat di antara Kerajaan Negeri dan pemegang lesen mengikut seksyen  5, Pengarah  boleh melalui  notis yang dikeluarkan kepada pemegang lesen menghendakinya membetulkan atau meremedikan perlanggaran  atau kegagalan yang dinyatakan di dalam notis tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan.

12 [3]

Jika sekiranya pemegang lesen gaga! untuk meremedikan atau membetulkan perlanggaran atau kegagalan tersebut seperti yang dikehendaki oleh notis, maka lesen boleh bila-bila masa selepas itu digantung atau dibatalkan oleh Pengarah:

Dengan syarat di mana suatu lesen telah  digantung atau dibatalkan di atas alasan pemegang lesen telah terhenti dari bekerja atau menjalankan sistem bekalan airnya atau sebahagian daripadanya, pemegan g lesen boleh, merayu  kepada Pihak Berkuasa Negeri terhadap penggantungan atau pembatalan itu dan keputusan Pihak Berkuasa Negeri atas rayuan itu hendaklah muktamad.

12 [4]

Pemegang lesen hendaklah tidak berhak ke atas apa-apa pampasan untuk  sebarang  kerugian olehnya disebabkan penggantungan atau pembatalan lesen di bawah seksyen ini.

 

12 [2]

Apa-apa pembatalan atau penggantungan sesuatu lesen di bawah seksyen ini hendaklah diberitahu dalam Warta.

12 [6]

Atas pembatalan atau penamatan sesuatu lesen dan di mana adalah munasabah untuk melakukan, Pengarah hendaklah    mengarahkari    pemegang   lesen     supaya mengalihkan pepasangan dan kelengkapannya dalam tempoh yang dinyatakan di bawah arahan tersebut, sekiranya gaga! pemegang lesen hendaklah liable ke atas semua kos yang tertanggung untuk mengalihkannya dan, kos itu bolehlah didapatkan balik dari cagaran yang didepositkan (jika ada) di bawah subseksyen (1):

Dengan syarat Pengarah adalah berhak untuk mengambil milikan ke atas semua atau sebahagian dari sistem bekalan air yang dimiliki oleh pemegang lesen yang mana lesennya telah dibatalkan  atau  ditamatkan dan untuk menjalankannya atau membenarkan mana-mana pihak berkuasa membekal air untuk menjalankannya dengan cara yang difikirkan sesuai oleh Pengarah hingga ke satu masa pemegang lesen yang baru dilantik dan bekas pemegang lesen bersetuju dengan pemegang lesen yang baru ke atas kos dan nilai sistem bekalan air atau sebahagiannya yang akan diambilalih oleh pemegang lesen baru atau untuk dialihkan atas arahan Pengarah yang dibuat di bawah subseksyen ini.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.