[Astro Awani] Sidang DUN: Selangor tubuh jawatankuasa pemantau projek pembangunan pelancongan KSNP

 
Shah Alam:  Kerajaan Selangor akan menubuhkan satu jawatankuasa pemantau projek bagi memastikan segala syarat dan piawaan pembinaan Projek Pembangunan Pelancongan Taman Alam Kuala Selangor (KSNP) dipatuhi, demikian Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dimaklumkan, hari ini.
 
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli negeri Hee Loy Sian berkata konsep pembangunan taman yang terancang itu bakal menitikberatkan sumber alam semulajadi dan seterusnya memberi impak rendah terhadap alam sekitar serta menyumbang kepada kesejahteraan penduduk tempatan.
 
“Sebelum projek ini dilaksanakan, kerajaan negeri mendapat segala ulasan dari jabatan dan agensi yang berkaitan bagi memastikan langkah-langkah mitigasi diambil kira.
 
“Projek ini akan dilaksanakan oleh sebuah syarikat yang bertaraf antarabangsa dan mempunyai pengalaman dalam sektor pembangunan ekopelancongan,” katanya menjawab soalan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (PAS-Sijangkang) yang ingin tahu mengenai status pembangunan Pusat Pelancongan Antarabangsa di KSNP hari ini.
 
Hee berkata aktiviti pemantauan profil hutan kayu bakar akan dilaksanakan sepanjang masa oleh jabatan berkaitan bagi memastikan agar tidak berlaku sebarang hakisan dan kerosakan kepada alam sekitar.
 
Dalam perkembangan lain, Hee berkata Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor telah memutuskan agar Pejabat Daerah dan Tanah Gombak membuat kajian kos pengambilan tanah di kawasan pertanian Bukit Tabur untuk dibentangkan semula kepada Majlis Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) bagi pertimbangan lanjut.
 
Katanya berdasarkan mesyuarat MMKN Selangor ke-18/2022 pada 3 Ogos lepas, mengambil maklum berkenaan keperluan penyediaan laluan (jalan) di kawasan pertanian Bukit Tabur memandangkan ramai pengunjung menggunakan tapak kebun dikenali ‘Kebun Che Mah’, tanah hak milik atas nama Nurul Hikmah Abd Khalid sebagai laluan ke Bukit Tabur yang terletak di Permatang Kuartza untuk aktiviti rekreasi.
 
“Kajian berkenaan sedang dilaksanakan melalui kerjasama Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Selangor. Dapatan kajian dijangka dibentangkan kepada MTES pada Mac 2023,” katanya.
 
Hee menjawab soalan Saari Sungib (PH-Hulu Kelang) yang ingin tahu status pemilikan tanah Kebun Che Mah berdekatan Geopark Kebangsaan. — BERNAMA
 

[Astro Awani] Peningkatan kes demam denggi di Selangor membimbangkan – EXCO

Shah Alam: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini dimaklumkan bahawa kadar kes harian demam denggi di negeri itu menunjukkan peningkatan yang membimbangkan sejak berakhirnya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sektor sosial kini dibuka seperti sedia kala.
 
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri Dr Siti Mariah Mahmud berkata trend tersebut dilihat bermula sejak minggu epidemiologi (ME) 46 pada tahun ini dengan sejumlah 31,822 kes demam denggi dilaporkan sehingga ME 46 yang berakhir pada 19 November.
 
“Ia adalah peningkatan sebanyak 131.5 peratus atau 18,077 kes berbanding minggu yang sama pada tahun lepas (2021), dengan sebanyak 13,745 kes,” katanya menjawab soalan bertulis Harumaini Omar (BN-Batang Kali) berkenaan wabak demam denggi di negeri tersebut.
 
Dalam pada itu katanya kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM5 juta setiap tahun untuk membasmi nyamuk Aedes bagi mengekang penularan wabak demam denggi termasuk program yang dilaksanakan bersama agensi dan jabatan berkaitan bagi mengawal dan mencegah penularan wabak denggi.
 
“Kerajaan negeri juga sedang melaksanakan inisiatif penggunaan racun ‘Bacilus Thuringiensis Israelensis’ (BTI) di kawasan ‘hotspot’ dan penggunaan dron bagi tujuan pengawalan dan pencegahan denggi di kawasan yang sukar dicapai seperti bumbung rumah,” katanya.
 
“Sehingga 31 Oktober, kerajaan negeri menyediakan sebanyak 2,000 kilogram racun BTI kepada 10 pihak berkuasa tempatan di Selangor dalam usaha menggalakkan penggunaan racun di kawasan hotspot dan kawasan awam,” katanya.
 
Sementara itu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata kerajaan Selangor mengagihkan sebanyak 14,649,397 dos vaksin COVID-19 setakat Oktober lalu kepada 4,330,200 orang dewasa (96.2 peratus); 519,617 orang remaja (91.6 peratus) dan 320,909 kanak-kanak (43.9 peratus) yang telah menerima dos lengkap vaksin berkenaan.
 
“Selain itu, seramai 4,069,818 orang atau 89.4 peratus menerima satu dos penggalak vaksin COVID-19,” katanya yang menjawab soalan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (Pas-Sijangkang) berhubung status pencapaian COVID-19 di Selangor.
“Jika peratusan vaksin COVID-19 diukur seperti dalam kriteria Jabatan Kesihatan Selangor (JKNS) iaitu lengkap dua dos vaksin, Selangor telah mencapai 100 peratus (agihan vaksin COVID-19),” katanya.
— BERNAMA
 

[Malay Mail] Selangor announces on-demand van service as part of RM25m public transport system

Shah Alam, Nov 24 — The Selangor state government today revealed an on-demand van service called Demand-Responsive Transit Van (DRT Van) during the state Budget presentation for 2023.

The service will function based on requests made through intelligent routing software similar to what was offered by e-hailing services instead of conventional bus stops, said Selangor Mentri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.

 

He also unveiled the rebranding of the state’s public transportation efforts under Mobility Selangor.

The Selangor Smart Bus system will be maintained and improved further in line with the Mobility Selangor rebranding, he added.

He called the programme a “public transport system that combines all aspects of transportation under one roof, and is driven by data analysis”.

The Mobility Selangor programme will be allocated a total of RM25 million.

Today, the Selangor state government presented a Budget of RM2.45 billion for the state next year.

About 51 per cent, or RM1.25 billion, will be allocated for operating costs while the remaining 49 per cent, or RM1.20 billion, is earmarked for development expenditure.

Source: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2022/11/25/selangor-announces-on-demand-van-service-as-part-of-rm25m-public-transport-system/41938

 

[The Star] Selangor state assembly approves anti-hopping enactment

Shah Alam: The Selangor Legislative State Assembly approved the Selangor State Constitution (Amendment) Bill 2022 (RUU) to enable the Anti-Party Hopping Enactment to be implemented in the state.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari tabled the motion for the proposed amendment on Wednesday (Nov 23) and it was unanimously supported by the state assemblymen during the state assembly sitting here on Thursday (Nov 24).

Amirudin, when winding up the Bill said the purpose of the amendment was to ensure that the Anti-Party Hopping Enactment was in line with what had been previously decided at the federal level in Parliament.

“This is so that there is no ‘clash’ with what has been decided at the federal (Parliament) level. With this amendment, the situation (state politics) is guaranteed with the people being able to choose individuals from certain parties, and leaders need to be responsible to the people,” said Amirudin.

When presenting the enactment yesterday, Amirudin said the amendment was carried out in accordance with the Constitution (Amendment) Act (No. 3) 2022 to create a provision prohibiting members of the Parliament (MPs) from changing parties that came into effect on Oct 5.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah approved the act on Aug 31 and it was gazetted as Act A1663 on Sept 6.

Meanwhile, state assembly speaker Ng Suee Lim said the approval of the enactment would ensure that people’s representatives would be more loyal to the party and responsible to the mandate given.

“The people voted so they (assemblymen) have to fight for the people. At the same time, the Anti-Party Hopping Enactment guarantees political stability,” he told reporters at the annex of the Selangor State Assembly building here today.

The Selangor State Assembly sitting continues tomorrow at 3pm. – Bernama

Source: https://www.thestar.com.my/news/nation/2022/11/24/selangor-state-assembly-approves-anti-hopping-enactment#openShareModal

[Berita Harian] Selangor guna 98 kolam, tasik dan bekas lombong hadapi kemarau 2025

Shah Alam: Sebanyak 98 kolam, tasik dan bekas lombong di Selangor akan digunakan bagi membantu negeri ini menangani keperluan sumber bekalan air tambahan dalam menghadapi kemarau, mulai 2025.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Izham Hashim, berkata ia membabitkan 20 bekas lombong sudah diwartakan melalui Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) serta 78 kolam tambahan baharu yang dikenal pasti.

“Daripada keseluruhan jumlah itu, kerajaan negeri telah meluluskan 21 kolam dipilih untuk naik taraf dalam Skim Jaminan Air Mentah (SJAM).

“Kolam-kolam dipilih itu dijangka mampu menyediakan bekalan air tambahan dengan ketahanan selama dua bulan,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan Michelle Ng Mei Sze (PH-Subang Jaya) mengenai pelan tindakan kerajaan negeri untuk menghadapi kemarau berpanjangan mulai 2025.

Menjelaskan lanjut, Izham berkata, kolam terbabit akan naik taraf dengan infrastruktur tambahan yang mana kapasiti 14 juta meter padu ketika ini dijangka meningkat kepada 21 juta meter padu.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, sebanyak 127 kolam takungan banjir bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang sedia ada turut dinilai semula.

“Ini bagi melihat sama ada ia boleh bertindak secara dwifungsi, iaitu sebagai kolam takungan banjir dan sumber air alternatif ketika musim kemarau,” katanya.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/11/1030285/selangor-guna-98-kolam-tasik-dan-bekas-lombong-hadapi-kemarau-2025

[Sinar Harian] Sidang DUN: Keluasan HSK di Selangor lebih 240, 000 hektar

Shah Alam – Keseluruhan Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Selangor sehingga kini adalah berjumlah 250,250.33 hektar atau bersamaan dengan 31.65 peratus daripada keseluruhan negeri Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau serta Hal Ehwal Orang Asli negeri, Hee Loy Sian berkata, keluasan itu termasuk dengan pewartaan tiga HSK pada 2021.

Selain itu, Hutan Simpan Buloh Telor Barat, Mukim Buloh Telor, di Hulu Selangor seluas 149.96 hektar (370.57 ekar) melalui kenyataan siar warta G.N. 1812-2021 (PW 3020) dan Hutan Simpan Buloh Telor Timur, Mukim Buloh Telor, di Hulu Selangor seluas 57.18 hektar (141.23 ekar).

“Ketiga-tiga kawasan tersebut telah selesai diwartakan sebagai HSK pada 12 Ogos 2021. Pewartaan ini dilaksanakan di bawah Seksyen 7, Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negeri Selangor 1985,” katanya.

Loy Sian menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Baharu, Lee Kee Hiong berhubung status terkini tiga HSK berkenaan dan peratus keluasan HSK di negeri Selangor.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/232930/edisi/selangor-kl/sidang-dun-keluasan-hsk-di-selangor-lebih-240-000-hektar

[Selangorkini] Selangor lulus 689 projek perkilangan bernilai RM30.82 bilion setakat Jun

Shah Alam, 23 Nov: Kerajaan Selangor meluluskan sebanyak 689 projek perkilangan dengan pelaburan bernilai RM30.82 bilion bagi tempoh 2020 hingga Jun tahun ini.

EXCO pelaburan memaklumkan sejumlah RM19.16 bilion membabitkan pelaburan tempatan manakala selebihnya pelaburan asing, dengan 39,287 potensi peluang pekerjaan diwujudkan.

Menurut Dato’ Teng Chang Khim, sektor tumpuan pelabur meliputi sains hayat, pembuatan makanan dan minuman, elektrik dan elektronik, kelengkapan pengangkutan serta mesin dan peralatan.

“Dua industri baharu turut dikenal pasti melonjakkan Selangor sebagai destinasi pelaburan iaitu perkhidmatan logistik serta pelaburan digital seperti perkhidmatan perniagaan global, pusat data dan teknologi kandungan kreatif,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan wakil rakyat Bukit Lanjan Elizabeth Wong berhubung nilai pelaburan Selangor dan sektor yang menjadi fokus pelabur dalam sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Dalam pada itu, Chang Khim berkata Invest Selangor Berhad (Invest Selangor) sedang melaksanakan kajian bagi menilai semula sektor yang menjadi tumpuan sebelum ini.

“Ini termasuk meneroka sektor baharu yang berpotensi dan menjadi kekuatan Selangor untuk dipromosikan pada masa hadapan dalam usaha menarik pelaburan pelbagai sektor,” katanya.

Sumber: https://selangorkini.my/2022/11/selangor-lulus-689-projek-perkilangan-bernilai-rm30-82-bilion-setakat-jun/

[Selangorkini] MB bawa usul kuat kuasa antilompat parti, pastikan pentadbiran negeri stabil

 

Shah Alam, 23 Nov: Dato’ Menteri Besar membawa usul pelaksanaan enakmen antilompat parti di sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata enakmen berkenaan selari dengan akta yang dikuatkuasakan di Parlimen bagi menguatkan lagi sistem demokrasi dan memastikan pentadbiran negeri stabil.

“Enakmen ini juga memastikan wakil rakyat menjunjung amanah diberi dan sebagai tindakan menghalang mana-mana pihak meletakkan kepentingan peribadi mengatasi kepentingan negeri dan negara.

“Rang undang-undang ini memerlukan persetujuan dewan mulia supaya dapat pastikan kelangsungan pentadbiran Selangor stabil. Saya berharap agar ia dibahaskan dengan tuntas, matang dan diteliti oleh semua,” katanya.

Amirudin berkata penasihat undang-undang negeri juga memberi pandangan supaya rang berkenaan dibawa ke sidang DNS untuk dibentang dan diluluskan.

Bermula Oktober, Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 mengenai peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti dikuatkuasakan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 31 Ogos.

 

Sumber: https://selangorkini.my/2022/11/mb-bawa-usul-kuat-kuasa-antilompat-parti-pastikan-pentadbiran-negeri-stabil/

[astro awani] Belanjawan Selangor 2023 ditangguh ke 25 November – Amirudin

Shah Alam: Belanjawan Negeri Selangor 2023 yang sepatutnya dibentangkan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 28 Okt ini, dijangka akan ditangguh ke 25 Nov depan, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
 
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari, berkata pihaknya akan memohon perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk menangguhkan pembentangan belanjawan tersebut ke tarikh berkenaan.
 
“Urusan itu biasanya Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan maklumkan kepada Tuanku secara bertulis dan pada asasnya saya rasa tiada halangan kerana ia untuk kebaikan semua,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Latihan dan Kursus Sukarelawan Selangor (SERVE Rescue), di sini, hari ini.
Amirudin berkata penangguhan itu perlu dibuat berikutan kebanyakan pegawai di negeri tersebut akan terlibat dalam PRU15.
 
“Ia bukan masalah kempen, saya tengok ramai pegawai-pegawai kita terlibat sebagai pengurus pilihan raya, timbalan pengurus pilihan raya.
 
Dalam pada itu, Amirudin berkata pihaknya akan meneruskan program SERVE Rescue bagi melahirkan individu berkemahiran menyelamat pada masa depan.
 
“Pasukan beruniform juga memerlukan bantuan sumber manusia yang berkemahiran ketika berdepan bencana. Pasukan ini berkemampuan membantu antara satu sama lain. Kadang-kadang ada bantuan yang membebankan pasukan beruniform kerana tidak dilatih, jadi, kita tak mahu perkara itu berlaku,” katanya.
 
Katanya, seramai 37 individu selesai menjalani latihan selama lima hari bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi melengkapkan diri mereka dengan kemahiran asas menyelamat.
 
“Kumpulan pertama ini dilatih dengan beberapa kemahiran antaranya kaedah menyelamat dalam air, cara berdepan suasana mencabar dan pengendalian bot.
 
“Latihan seperti ini tidak hanya berhenti di sini sebaliknya kita rancang dengan bomba untuk jangka panjang sama ada secara bulanan atau berkala yang bertujuan meningkatkan kemahiran mereka,” katanya.
 
-BERNAMA
 

[Selangorkini] Baucar beli-belah bantu penduduk kurangkan kos belanja Deepavali

Sebahagian penerima baucar Jom Shopping Deepavali kelihatan gembira setelah menerima baucar tersebut yang disampaikan oleh Dato’ Menteri Besar pada program Jom Shopping Deepavali DUN Sungai Tua di Sri Ternak, Gombak pada 16 Oktober 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Gombak, 16 Okt: Insentif Jom Shopping yang diperkenalkan Kerajaan Selangor membantu penduduk berdepan masalah kewangan menyediakan kelengkapan perayaan Deepavali.

Pembantu jualan M Jayadswari,50, berkata beliau memang berharap tersenarai sebagai penerima baucar bernilai RM100 bagi menampung perbelanjaan membeli keperluan.

“Suami saya sakit tak mampu bekerja dan anak masih bersekolah. Saya kena berjimat cermat mengurus perbelanjaan keluarga.

“Ini kali ketiga saya menerima bantuan ini dan mengurangkan beban membeli barangan raya. Saya akan guna untuk beli barangan dapur,” katanya kepada SelangorKini.

Terdahulu beliau menerima baucar berkenaan daripada Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari di Pasaraya Sri Ternak Selayang Baru hari ini.

Sementara itu Ajit Singh,50, yang berkerja sendiri berkata baucar berkenaan mampu menampung kos belanja kelengkapan Deepavali.

“Walaupun jumlah tidak besar namun tetap membantu keluarga. Akibat pandemik Covid-19, pendapatan saya terjejas dan perlu berjimat cermat.

“Baucar ini akan diguna sebaik mungkin untuk Deepavali. Mungkin boleh beli ayam atau telur,” katanya.

Jom Shopping Raya diperkenalkan Kerajaan Negeri menyasar golongan berpendapatan rendah sebagai inisiatif jangka panjang bagi membela kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Serahan bantuan dibuat melalui pusat khidmat masyarakat di kawasan masing-masing mengikut komponen utama kaum dan sambutan perayaan.

Tahun ini, sebanyak RM8 juta dikhaskan untuk program Jom Shopping semua perayaan dengan RM3.34 juta dikhaskan sempena Aidilfitri pada Mei.

Sumber: https://selangorkini.my/2022/10/baucar-beli-belah-bantu-penduduk-kurangkan-kos-belanja-deepavali/