[Selangor Journal] SELCAT to evaluate Local Council performance on Feb 20

SHAH ALAM, Feb 13 — The Select Committee for Competency, Accountability and Transparency (Selcat) will convene on February 20 to evaluate the performance of local authorities (PBTs) in the state.

Its chairman, Ng Suee Lim said 17 witnesses would be called in to have their statements recorded at the Selangor secretariat building (SUK), here.

“Among the witnesses are the Selangor Local Government, Public Transportation and New Village Development Committee chairman Ng Sze Han, Bukit Gasing assemblyman Rajiv Risyakaran, Jeram assemblyman Mohd Shaid Rosli and Port Klang assemblyman Azmizam Zaman Huri.

“Other witnesses include the mayor, the president, council members and representatives of the residents’ association,” he said at the annexe building of the Selangor state legislative assembly building, here yesterday.

Ng said issues such as waste delivery system and matters concerning empowering the local authorities would be raised in the session.

The Selcat members include Bukit Lanjan assemblyman Elizabeth Wong, Hulu Kelang assemblyman Saari Sungib, Banting assemblyman Lau Weng San, Bnadar Utama assemblyman Jamaliah Jamaluddin, Sungai Air Tawar assemblyman Rizam Ismail and Sijangkang assemblyman Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi.

Source: 

https://selangorjournal.my/2020/02/selcat-to-evaluate-pbts-performance-on-feb-20/

[Harian Metro] DUN Selangor tegang isu PTPTN

SIDANG Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bertukar tegang apabila seorang wakil rakyat tidak berpuas hati dengan ucapan Ketua Pembangkang, Rizam Ismail.

Kekecohan itu tercetus apabila Mohd Sany Hamzan (AMANAH- Taman Templer) mendakwa Rizam (BN-Sungai Air Tawar) mengeluarkan fitnah ketika menyampaikan ucapan pada sesi perbahasan Belanjawan Selangor 2020.

 

Ketika berucap, Rizam mendakwa dasar flip flop, u-turn dan caca merba kerajaan PH menyebabkan rakyat terhimpit, selain gagal menunaikan janji manifesto pilihan raya umum (PRU) lalu.

 

“Kerajaan PH banyak mungkir janji antaranya gagal memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN),” katanya.

Kenyataan itu menyebabkan Mohd Sany mencelah ucapan Rizam serta menggesa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar itu membuktikan dakwaan kerajaan PH mungkir janji.

“Jangan kaitkan isu PTPTN dengan PH. Kenyataan Sungai Air Tawar (Rizam) adalah fitnah kerana manifesto PH tidak menyatakan akan mansuhkan PTPTN. Sungai Air Tawar sepatutnya tanya kepada Sijangkang (ADUN PAS Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi).

“Sebenarnya PAS yang membuat janji hapuskan PTPTN, bukannya PH,” katanya.

Berikutan itu Dr Ahmad Yunus bangun menafikan serta mendakwa ramai pemimpin PH menjanjikan perkara itu ketika kempen PRU lalu.

Turut bangun mencelah ialah Mohd Imran Tamrin (BN-Sungai Panjang) yang mendakwa banyak lagi manifesto PH gagal ditunaikan.

Bagaimanapun Mohd Sany berkata, kerajaan PH masih mempunyai masa sekurang-kurangnya tiga tahun lagi untuk menunaikan janji dalam manifesto.

Terdahulu, Speaker DUN, Ng Sue Lim meminta semua ADUN mengawal tingkah laku serta mengelakkan ucapan berunsur fitnah.

“Saya minta semua ADUN duduk serta menunjukkan contoh baik terutama kepada ADUN senior,” katanya.

[Astro Awani] Shaid mohon duduk di sidang DUN bersama pembangkang

KUALA LUMPUR: Mohd Shaid Rosli pada Rabu memohon pertukaran tempat duduk bersama barisan pembangkang pada sesi Dewan Mesyuarat ketiga, Penggal kedua, Dewan Negeri Selangor yang dijadual bermula pada 1 November depan.

Tegas Ahli Dewan Undangan (ADUN) Jeram itu, permohonan pertukaran tempat duduk berkenaan sebagai tanda protes terhadap Ronnie Liu yang tidak menghormati kepimpinan Pakatan Harapan (PH) selaku kerajaan yang memerintah Selangor

“Surat permohonan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Ng Suee Lim sudah dihantar tadi sebagai tanda protes terhadap Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP itu.

“Apa yang dilakukan sangat keterlaluan dan sudah melampaui batas yang mana perkara ini boleh menjejaskan hubungan dan kerjasama antara parti di dalam PH,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

 
 

Pada Selasa, Shaid mencabar Ronnie dan kepimpinan tertinggi DAP untuk membawa satu usul untuk membuang Bersatu dari komponen PH di dalam mesyuarat Majlis Presiden PH akan datang

Tegasnya, Ronnie dipercayai masih berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan masih terbawa-bawa sifat sebenar DAP iaitu rasis dalam mengeluarkan kenyataan.

Ronnie menerusi laporan sebuah portal berita tempatan pada Selasa mendakwa PH masih boleh membentuk kerajaan tanpa Bersatu.

Selain itu, Ronnie turut mendakwa Dr Mahathir mengejar model Barisan Nasional (BN) yang mempunyai parti dominan Melayu untuk mengawal pakatan itu.

http://www.astroawani.com/berita-politik/shaid-mohon-duduk-di-sidang-dun-bersama-pembangkang-220850

[Sinar Harian] Selcat bakal bentang penyata lengkap Taman Air Manis

SHAH ALAM – Projek pembangunan bersepadu Taman Air Manis akan dimasukkan dalam mesyuarat terdekat oleh Jawatan Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat).

Pengerusinya, Ng Suee Lim berkata, satu penyata akan dibentangkan dalam persidangan Dewan pada akhir Julai ini jika ia sempat disiapkan.

“Selcat akan membuat penyata lengkap yang mengandungi penemuan isu secara keseluruhan, punca kelemahan dan syor serta cadangan terhadap isu terbabit, ia bagi memastikan semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan jabatan kerajaan yang lain berjalan dengan telus dan berintegriti.

“Inilah cara dan prosedur Selcat mengendalikan pendengaran awam, tujuannya tidak lain tidak bukan adalah untuk merealisasikan praktis semak dan imbang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas sesi pendengaran awam berhubung isu itu di Bangunan Annex, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Suee Lim berkata, rumusan awal Selcat mendapati antara sebab kelewatan pergerakan projek terbabit berpunca daripada kelemahan merancang dan cadangan awal pembangunan yang tidak dibuat dengan teliti.

Perancangan asal pembangunan terbabit adalah berasaskan konsep pembangunan bersepadu, merangkumi Rumah Selangorku serta mempunyai kedai pejabat, stesen minyak dan pusat penjaja rehat dan rawat (R&R).

Projek berkeluasan 10.11 hektar itu adalah milik anak syarikat Kerajaan Negeri iaitu Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/27112/EDISI/Selangor-KL/Selacat-bakal-bentang-penyata-lengkap-Taman-Air-Manis

[Berita Harian] Sidang DUN Selangor: Kerajaan negeri, JAKIM bayar elaun imam RM1,300

Elaun bulanan yang diterima imam di Selangor ketika ini adalah RM1,300, kata Menteri Besar, Amirudin Shari.

Beliau berkata, RM850 daripada jumlah itu dibayar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), manakala RM450 lagi oleh kerajaan negeri.

Bayaran itu, katanya, bagaimanapun tidak membabitkan elaun bulanan imam masjid yang berada bawah bidang kuasa institusi tertentu seperti Masjid Universiti Teknologi MARA (UiTM), Masjid Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang dan Masjid Ibnu Sina, Hospital Sungai Buloh.

“Imam semua masjid terbabit dilantik pihak institusi itu sendiri bagi mentadbir masjid di bawah seliaan mereka. Jadi, tiada kelulusan elaun kepada mereka,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini.

Beliau berkata, terdapat 17 masjid institusi di Selangor, iaitu masing-masing lima di Hulu Langat dan Petaling, Sepang (4), Gombak (2) dan Kuala Selangor (1).

Menteri Besar berkata demikian ketika menjawab soalan Edry Faizal Eddy Yusof (PH-Dusun Tua) berhubung isu elaun imam masjid di negeri ini.

Amirudin, berkata JAKIM turut menyelaras elaun bulanan Imam 1 dan 2 di setiap negeri, iaitu sebanyak RM850.

“Kerajaan Selangor pada 2015 dan 2016 meluluskan sumbangan tambahan kepada imam masjid kariah negeri yang berjumlah RM450,” katanya.

Sumber: 

https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/03/542892/sidang-dun-selangor-kerajaan-negeri-jakim-bayar-elaun-imam-rm1300

[Astro Awani] Ketua Pembangkang Selangor dilantik Pengerusi PAC Negeri

 
 
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Rizam Ismail dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) bagi negeri itu.
Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dalam sidang dewan pada Rabu.
Turut mengganggotai jawatankuasa itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong, ADUN Kota Anggerik Mohd Najwan Halimi dan ADUN Jeram Mohd Shaid Rosli, ketiga-tiganya dari PKR.
 
Turut dilantik ADUN Sungai Pelek Ronnie Liu, ADUN Kampung Tunku Lin Yi Wei, kedua-duanya dari DAP dan ADUN Hulu Klang Saari Sungib dari Amanah.
 
Pelantikan itu dibuat susulan kenyataan Amirudin pada Selasa bahawa pihaknya sedia memberi jawatan itu kepada Rizam kerana mengikut peraturan DUN Selangor, jawatan itu secara automatik dipegang ketua pembangkang.
 
– BERNAMA
 

Sultan Selangor setuju cadangan naikkan had umur perkahwinan kepada 18 tahun

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan dengan cadangan menyelaraskan had umur minimum perkahwinan orang Islam di Selangor dengan menaikkan had minimum daripada 16 kepada 18 tahun.

Baginda berharap cadangan pindaan beberapa peruntukan dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) dan Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 dibentangkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) kali ini.

“Oleh itu, Beta telah menitahkan pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk menyemak semula undang-undang di kalangan orang Islam sedia ada di negeri Selangor, selain membuat cadangan penambahbaikan jika perlu.

“Berikutan dengan itu, MAIS dan JAIS telah menyembah maklumkan kepada Beta cadangan pindaan terhadap peruntukan undang-undang yang sedia ada.”

Baginda bertitah demikian dalam ucapan perasmian Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Persidangan Dewan Negeri Selangor ke-14 2018 di Bangunan Dewan Negeri Selangor di sini, hari ini.

Sultan Selangor bertitah, beberapa peruntukan lain juga perlu dipinda bagi menambahbaik prosedur dan proses kebenaran perkahwinan di bawah umur di Mahkamah Syariah.

Antaranya, dengan meletakkan beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh ibu bapa dan pihak berkenaan.

Ia termasuk mendapatkan rekod aspek mental, jasmani, kesuburan, akhlak dan sosiologi, serta pengakuan kerelaan tanpa paksaan pemohon bagi memastikan perkahwinan mereka ini tidak akan mendatangkan kemudaratan.

Dalam pada itu, baginda bertitah agar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dapat membahaskan persoalan dasar dan membangunkan program yang memberi impak kepada negeri Selangor.

“Perbahasan juga semestinya tidak bercanggah dengan Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor sejajar dengan Perlembagaan Persekutuan,” titah baginda.

Pada masa sama, baginda menekankan kepentingan dasar prinsip tadbir urus yang baik dalam semua pelaksanaan tugas dan proses membuat keputusan bagi negeri Selangor .

“Ini termasuklah sistem integriti dan kauntabiliti yang sedia wujud dalam kepimpinan negeri Selangor. Ianya hendaklah terus diamalkan,” baginda bertitah.

Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Persidangan Dewan Negeri Selangor bermula 4 hingga 7 September ini.