[Berita Dewan] Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas bermula 27 Februari 2024

Shah Alam, 4 Dis: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah berkenan supaya Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024 akan berlangsung bermula 27 Februari 2024.

Menerusi surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Kepada D.Y.M.M. Sultan Selangor, Dato’ Haji Mohamad Munir bin Bani bertarikh 4 Disember 2023, D.Y.M.M. Sultan Selangor telah memberi perkenan supaya Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas diadakan pada tarikh tersebut.

Gambar Arkib: Perasmian Pembukaan Dewan Negeri Selangor

Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Dewan Negeri Selangor lazimnya akan menyaksikan keberangkatan D.Y.M.M. Sultan Selangor untuk menyampaikan titah ucapan di Dewan Negeri Selangor dan diikuti oleh perbahasan usul menyembah ucapan terima kasih serta menjunjung kasih di atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor oleh Ahli-Ahli Dewan Negeri Selangor.

Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Kelima Belas dijangka akan berlangsung 27 Februari 2024 – 29 Februari 2024, 01 Mac 2024, 04 Mac 2024 – 08 Mac 2024 & 11 Mac 2024 (Selasa – Jumaat, Isnin – Jumaat & Isnin).