[Berita Dewan] Dewan Negeri Selangor terima kunjungan 32 Wakil Biro Perdagangan Perbandaran Foshan, Wilayah Guangding, China

  

Shah Alam, 3 Julai – Dewan Negeri Selangor telah menerima kunjungan 40 pelawat yang terdiri daripada 32 orang wakil Biro Perdagangan Perbandaran Foshan, Wilayah Guangding serta pelabur dan usahawan dari China bersama dengan 8 ahli Persatuan Perdagangan dan Pelaburan Malaysia (MEIA).

Ketibaan rombongan pada jam 2.30 petang di bangunan Wisma Dewan Negeri Selangor. Tuan Speaker Dewan Negeri Selangor, Y.B Lau Weng San menyambut baik kedatangan delegasi tersebut dengan memberikan penerangan mengenai sejarah Negeri Selangor serta pengenalan Dewan Negeri Selangor.

Sepanjang sesi taklimat dan sesi soal jawab berlangsung, ahli delegasi mengajukan pertanyaan kepada Tuan Speaker mengenai strategik membawa masuk perdagangan dan pelaburan China ke Malaysia dan juga negeri Selangor.

Kedua-dua pihak bertukar pendapat dalam perbincangan dan meneroka peluang kerjasama dua hala dengan lebih mendalam. Speaker khususnya menyebut bahawa menurut data Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) Selangor mencapai 25.9% pada tahun 2023. Kejayaan ini menunjukkan kedudukan penting Selangor dalam ekonomi Malaysia dan potensi pertumbuhan ekonomi yang kukuh di negeri ini.

Y.B. Tuan Speaker, Lau Weng San, mengalu-alukan kunjungan pelabur-pelabur dari China untuk menubuhkan pengeluaran di Malaysia, yang tidak hanya meningkatkan peluang pekerjaan tempatan tetapi juga menggalakkan pertukaran teknologi dan kerjasama untuk meningkatkan daya saing industri tempatan.

Beliau juga menambah bahawa Selangor dan Wilayah Guangdong mempunyai banyak persamaan di mana kedua-duanya merupakan penyumbang utama pembangunan KDNK di kedua-dua negara dan lawatan ke Dewan Negeri Selangor boleh memberi maklumat yang menyeluruh kepada pelabur asing yang ingin mengetahui latar belakang Selangor pada masa yang singkat.

 

Lawatan ini juga tidak hanya meningkatkan pemahaman delegasi ekonomi dan perdagangan Foshan terhadap Selangor tetapi juga membina landasan kukuh untuk kerjasama ekonomi masa depan. Y.B. Tuan Speaker berharap melalui interaksi dua hala ini, hubungan persahabatan dan kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara dapat dipertingkatkan agar lebih banyak peluang pembangunan untuk kedua-dua pihak