[Berita Dewan] Delegasi UiTM Bersama Pelajar Summer Course Universiti Bradford, United Kingdom Kunjungi Dewan Negeri Selangor

Shah Alam, 10 Jun: Dewan Negeri Selangor telah menerima 9 pelawat yang terdiri daripada tiga (3) pensyarah Fakulti Undang-undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM), bersama enam (6) orang pelajar, dimana empat (4) dari mereka merupakan pelajar Program Summer Course 2024 daripada United Kingdom, Universiti Bradford, Fakulti Pengurusan, Undang-undang, dan Sains Sosial (Faculty of Management, Law, and Social Science, University of Bradford). 

Ketibaan rombongan pada jam 10.00 pagi di hadapan bangunan Wisma Dewan Negeri Selangor disambut mesra oleh Pihak Pejabat Speaker Dewan Negeri Selangor sebelum mereka di bawa ke Bilik Mesyuarat untuk sesi taklimat.

Lawatan tersebut telah dimulai dengan ucapan aluan daripada Yang Berhormat Tuan Lau Weng San dan ucapan balas daripada Pensyarah Senior Fakulti Undang-undang (UiTM) , Dr. Norazlina Abd Aziz yang menyatakan penghargaan kepada Dewan Negeri Selangor atas kesudian menerima kunjungan daripada UiTM.

Lawatan ini merupakan lawatan pertama Program Summer Course ke Dewan Negeri Selangor dan dimaklumkan tahun 2023, pelajar-pelajar daripada United Kingdom telah di bawa ke Parlimen untuk belajar sistem perundangan di Malaysia. Tahun ini, mereka telah dibawa ke Dewan Negeri Selangor untuk belajar mengenai sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di Negeri Selangor. 

Majlis diteruskan dengan sesi taklimat Pengenalan kepada Dewan Negeri Selangor oleh ang Berhormat Tuan Lau Weng San beserta sesi soal jawab.

Sepanjang sesi taklimat dan sesi soal jawab berlangsung, para pensyarah dan pelajar telah bertanya soalan berkaitan hubungan kerajaan Negeri dengan kerajaan Persekutuan terutama dari aspek undang-undang. 

Turut berlangsung sesi pertukaran cenderamata antara Dewan Negeri Selangor dengan wakil UiTM dan semua pensyarah dan pelajar turut menerima cenderamata oleh Pejabat Speaker Dewan Negeri Selangor.

Program diakhiri dengan sesi lawatan ke Bangunan Dewan Negeri Selangor yang terdiri daripada Galeri dan Chamber di mana Ahli-ahli Dewan Negeri Selangor bersidang.