Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018
215) PROJEK MYHSR
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri berhubung bantahan penduduk Kampung DatoÕ Abu Bakar Baginda?
Projek Keretapi Berkelajuan Tinggi (High Speed Rail-HSR) Kuala Lumpur – Singapura merupakan projek Kerajaan Persekutuan yang akan melalui beberapa kawasan di Negeri Selangor. Pemakluman berhubung projek ini telah dibentangkan kepada Kerajaan Negeri melalui mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) ke 21/2016 pada 23 Jun 2016 oleh MyHSR Corp. Berdasarkan keputusan MMKN tersebut yang telah disahkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Ke 22/2016 pada 13 julai 2016, MyHSR hanya dibenarkan untuk mengemukakan permohonan di bawah Seksyen 4, Akta Pengambilan Tanah 1960 bagi membolehkan kajian tapak
-
Berapakah jumlah rumah penduduk yang terlibat dalam jajaran projek MYHSR di Parlimen Sepang?
Di peringkat Kerajaan Negeri, pelaksanaan projek-projek infrastruktur dan pengangkutan awam yang berimpak tinggi perlu mematuhi peruntukan Seksyen 20A Akta Perancang Bandar dan Desa (Akta 172) serta peraturan-peraturan lain yang ditetapkan Pihak Berkuasa Tempatan untuk menjamin kepentingan dan kesejahteraan rakyat Negeri Selangor. Ianya selaras dengan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor Bilangan 1 / 2015 yang bersidang pada
12 Februari 2015 yang menekankan bahawa Kerajaan Negeri Selangor telah membuat ketetapan bahawa projek-projek pembangunan infrastruktur seperti lebuhraya, LRT, MRT, Rel Berkelajuan Tinggi (HSR), Talian Voltan Tinggi, Janakuasa dan lain-lain projek berskala besar serta melibatkan implikasi kepada alam sekitar serta penduduk perlu melalui proses rundingan dengan Kerajaan Negeri Selangor di bawah Jawatankuasa Perancang Negeri.
-
Berapakah nilai pampasan yang dijangka diperolehi oleh penduduk terlibat?
Berhubung dengan bantahan-bantahan terhadap projek yang akan dilaksanakan, Kerajaan Negeri telah mengemukakan semua bantahan yang dibangkitkan oleh para penduduk di kawasan yang terlibat dengan jajaran MyHSR untuk diteliti dan diberikan maklum balas sewajarnya oleh pihak MyHSR selaku pemaju projek, manakala merujuk kepada perkara berkaitan jumlah rumah yang terlibat mahupun nilai pampasan yang akan diterima penduduk, perkara ini hanya akan dapat dilaksanakan setelah lot-lot yang terlibat dengan cadangan jajaran dikenalpasti, iaitu setelah pembentangan mengenai hasil kajian tapak dibuat oleh MyHSR kepada Kerajaan Negeri