Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018
208) PERUNTUKAN ADUN PEMBANGKANG
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah peruntukan kawasan yang diperuntukkan kepada setiap ADUN Pembangkang?
Kerajaan Negeri telah meluluskan sejumlah RM2,600,000.00 iaitu RM200,000.00 kepada setiap 13 Ahli Dewan Negeri Bukan Kerajaan di Negeri Selangor bagi tujuan pelaksanaan projek kecil dan program mesra rakyat. Peruntukan tersebut diperuntukkan di bawah Vot Menteri Besar dan SUK – P01/01001 – Perkhidmatan Masyarakat mulai tahun
-
Berapakah banyak serta untuk tujuan apa peruntukan ini telah digunakan sehingga sekarang?
Pada tahun 2015, tiada perbelanjaan dibuat oleh ADN Bukan Kerajaan dan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Kerajaan Negeri (MMKN) Ke 30/2015 yang diadakan pada 17 September 2015 yang telah disahkan oleh MMKN ke 31/2015 pada 22 September 2015 bersetuju meluluskan penyelarasan semula peruntukan ADN Bukan Kerajaan digunakan oleh Pegawai Penyelaras ADN yang telah dilantik oleh Kerajaan Negeri tertakluk kepada perkara berikut:
Bersetuju cadangan penyelarasan semula penggunaan peruntukan pembangunan Perkhidmatan Masyarakat yang disediakan kepada ADN Bukan Kerajaan berjumlah RM200,000.00 boleh digunapakai oleh Pegawai Penyelaras DUN;
- Bersetuju peruntukan pembangunan perkhidmatan masyarakat ADN Bukan Kerajaan diguna pakai oleh Pegawai Penyelaras DUN tertakluk apabila peruntukan pembangunan sedia ada kawasan DUN yang diselia oleh Pegawai Penyelaras DUN tahun 2015 berjumlah RM500,000.00 dan baki peruntukan pembangunan tahun 2014 telah habis dibelanjakan; dan
- Perbelanjaan/ penggunaan peruntukan tersebut adalah tertakluk dan mematuhi Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor Bilangan 1 Tahun
Pada tahun 2016, Kerajaan Negeri meneruskan pemberian peruntukan kepada Ahli Dewan Negeri Bukan Kerajaan dan masih tiada perbelanjaan dibuat sehingga bulan Mac 2016, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 10/2016 yang diadakan pada 16 Mac 2016 dan disahkan oleh MMKN ke 11/2016 pada 23 Mac 2016 bersetuju peruntukan pembangunan perkhidmatan masyarakat berjumlah RM6,000.00 setiap bulan mulai bulan Mac 2016 hingga Disember 2016 (10 bulan) disalurkan ke akaun Pusat Perkhidmatan Masyarakat (PKM) termasuk akaun Ahli Dewan Negeri Bukan Kerajaan bagi tujuan pengurusan pejabat. Pada tahun 2017 tiada tuntutan oleh Ahli Dewan Negeri Bukan Kerajaan.