Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018
203) PUSAT JUDI
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah pusat judi berlesen dan tidak berlesen dari 2015-2017 mengikut PBT.
PBT Selangor tidak melesenkan sebarang pusat perjudian. Kelulusan pusat perjudian adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia di bawah Peruntukan Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Akta 289). Bilangan pusat judi berlesen dan tidak berlesen dari tahun 2015-2017 mengikut PBT adalah seperti berikut :
Bil. PBT Berlesen Tidak Berlesen 2015 2016 2017 2015 2016 2017 1. MBSA – – – 15 23 12 2. MBPJ 68 68 68 299 124 423 3. MPK 69 69 72 – – – 4. MPAJ 52 63 57 48 67 96 5. MPSJ – – – 123 201 205 6. MPS – – – 49 44 92 7. MPKJ 1 – 5 – – – 8. MPSP 6 6 6 85 98 109 9. MDKL 12 12 12 – – – 10. MDHS – – – – – – 11. MDKS 7 5 5 – – – 12. MDSB 7 7 7 – – – JUMLAH 222 230 232 619 557 937 Nota : Sumber data daripada PBT
* Jumlah data premis tidak berlesen adalah berdasarkan tindakan penguatkuasaan kompaun dan sitaan yang dijalankan oleh PBT.
-
Nyatakan jumlah kelulusan pusat judi di Selangor pada 2017 mengikut PBT.