Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

183) TANAMAN SEMULA KELAPA

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa keluasan tanah yang telah ditanam semula dgn tanaman kelapa mengikut daerah di negeri Selangor?

    Keluasan tanaman semula kelapa adalah seluas 151.68 hektar. Pecahan keluasan mengikut daerah adalah seperti berikut:

    Bil Daerah Keluasan (ha)
    1 Klang 0.6
    2 Kuala Selangor 53.4
    3 Sabak Bernam 95.31
    4 Kuala Langat 2.37
      JUMLAH 151.68
  2. Adakah kelewatan pelaksanaan projek tanaman semula kelapa dan sebab-sebab kelewatan tersebut?

    Punca kelewatan pelaksanaan projek tanaman semula kelapa adalah kesukaran mendapatkan benih kelapa matag. Sehingga kini seluas 24 hektar kawasan tanaman semula kelapa di daerah Sabak Bernam masih belum menerima bekalan benih kelapa

Lampiran

Tiada Lampiran.