Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

175) PORTFOLIO HAL EHWAL WANITA DAN KELUARGA

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan peratusan perbelanjaan bajet 2017 dibawah portfolio tersebut.

    Keprihatinan Kerajaan Negeri dalam memberi sokongan dan dokongan terhadap golongan wanita sentiasa positif dan berterusan melalui pemberian peruntukan setiap tahun untuk dimanfaatkan bagi tujuan pemberdayaan dan pembangunan wanita di selangor.

    Bagi tahun 2017 yang lalu, Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sejumlah RM3,000,000.00 kepada portfolio Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga melalui vot pembangunan P01-06001 Program Pemberdayaan Wanita dan Keluarga.

    Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM2,501,421.00 bersamaan 83% telah dibelanjakan bagi tujuan program-program pemberdayaan dan pembangunan golongan wanita di Selangor.

     

     

  2. Nyatakan program-program dibawah portfolio tersebut dan jumlah perbelanjaan pada 2017.

    Berikut adalah program-program pemberdayaan wanita dan keluarga yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga disepanjang tahun 2017:-

    BIL PROGRAM PERBELANJAAN (RM)
    1. Program-program PWB DUN 1,680,000.00
     

    2.

    Program Majlis Ramah Mesra YB Exco & Penubuhan Jawatankuasa 30% Club Women Top Management  

    3,000.00

    3. Program “Seiring Sejalan, Syurga Jannah Pilihan” anjuran bersama PEKAWANIS 26,185.00
    4. Advokasi Keselamatan Anak Remaja Wanita (Big Girls Talk) 30,000.00
    5. Advokasi Keselamatan Anak Lelaki Remaja (Big Boys Talk) 58,970.00
    6. Diskusi Muslimat (sepanjang Bulan Ramadhan) 100,000.00
     

    7.

    Malaysia Women Marathon (MWM) 2017 anjuran bersama Tourism Selangor Sdn. Bhd. (TSSB)  

    35,000.00

     

     

    8.

    Program Pembangunan Dan Peningkatan Usahawan Wanita Di Bawah Pusat Wanita Berdaya (PWB) Selangor Dengan Kerjasama Sirim Berhad  

     

    57,240.00

     

    9.

    Kempen Hormat Wanita – Kemudahan Bilik Laktasi di Bangunan Ibu Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor  

    89,400.00

     

    10

    Kempen Hormat Wanita – Kemudahan Parkir Ibu Hamil di sekitar Bangunan Ibu Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor  

    37,596.00

     

    11.

    Program Pemantapan Skill Komunikasi Berkesan Para Penyelia Pusat Wanita Berdaya (PWB) Seluruh Selangor  

    26,550.00

     

    BIL PROGRAM PERBELANJAAN (RM)
     

    12.

    Program “Pink Walk” Sempena Sambutan Pink October anjuran bersama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)  

    118,130.00

     

    13

    Sambutan Hari Wanita Sedunia Peringkat Negeri Selangor Tahun 2017  

    93,600.00

     

    14.

    Sambutan Hari Ibu Peringkat Negeri Selangor Tahun 2017 anjuran bersama PEKAWANIS  

    67,750.00

     

    15.

     

    Program-program Usahasama melalui kertas kerja yang dihantar oleh jabatan, agensi, NGO, Persatuan atau Pertubuhan seperti berikut :-

     

     

     

     

     

    40,000.00

    1. Karnival Hari Wanita Sabak Bernam
      2. Fiesta Keluarga & Wanita Semenyih bersama Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)  

    6,000.00

    3. Karnival Keluarga Sejahtera AIM 5,000.00
    4. Pertandingan Marhaban PERKAWANIS 7,000.00
    5. Program Bicara Wanita & Dialog Kasih Bersama Tun Dr. Siti Hasmah Binti Ali, anjuran bersama Pertubuhan Jelajah Wanita Selangor (WAJAH)  

     

    20,000.00

    JUMLAH PERBELANJAAN PORTFOLIO WANITA DAN KELUARGA (RM) 2,501,421.00

Lampiran

Tiada Lampiran.