Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

169) MASA YANG PERLU DIAMBIL OLEH PEJABAT DAERAH/TANAH PETALING UNTUK PROSES BAKI PERMOHONAN GERAN KEKAL

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa lamakah masa yang perlu diambil oleh Pejabat Daerah Petaling untuk proses baki permohonan geran kekal Kampung Seri Aman?

    Sehingga kini Pentadbir Tanah Petaling telah menerima  sebanyak  154  permohonan geran kekal dari Kampung Seri Aman. Sebanyak 47 permohonan telah diluluskan.

    Seterusnya Pentadbir Tanah Petaling telah mengenal pasti 47 lagi hakmilik yang boleh didaftarkan geran kekal dan perlu diangkat untuk kelulusan Kerajaan Negeri terlebih dahulu kerana perbezaan keluasan Pelan Akui (PA) dan Pelan Hakmilik Sementara yang melebihi 20%. Proses kelulusan ini tidak akan memakan masa yang lama dan geran kekal akan didaftarkan setelah kelulusan serta bayaran lebihan dijelaskan.

    Walau bagaimanapun baki permohonan geran kekal yang lain memerlukan lebih masa untuk tindakan penyelesaian selanjutnya kerana PA yang telah diluluskan tidak boleh didaftarkan sebagai hakmilik kekal. Melalui pemerhatian, hakmilik kekal tidak boleh didaftar kerana berlakunya masalah hakmilik berganjak serta bertindih bagi sebahagian besar tanah hakmilik di Kampung Seri Aman. Sekiranya didaftarkan juga geran kekal dikhuatiri akan menimbulkan masalah kepada tuan tanah di masa akan datang.

Lampiran

Tiada Lampiran.