Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

166) STATUS PERMOHONAN LALUAN ALTERNATIF 4/4 TAMAN WANGSA PERMAI KE JALAN INDUSTRI DESA AMAN (IDA)

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah MPS telah mengemukan Kertas Pertimbangan tersebut seperti surat bertarikh 23 Mac 2017?

    Jalan yang dinyatakan di atas adalah Jalan Wangsa 3/4, Taman Wangsa Permai menuju ke Jalan IDA1, Kawasan Industri Desa Aman. Untuk Makluman, Majlis perbandaran Selayang (MPS) telah mengemukakan kertas pertimbangan tersebut.

  2. Bilakah tarikh Kertas Pertimbangan tersebut?

    Permohonan MPS ini dijadualkan untuk dibincangkan dalam Mesyuarat EXCO MTES bil 8/2018 pada 22 Mac 2018. Walau bagaimanapun, perbentangan perkara tersebut telah ditangguhkan oleh pihak UPEN sehingga tarikh yang akan diberitahu

Lampiran

Tiada Lampiran.