Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018
153) LAPOR JALAN ROSAK MELALUI WAZE
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah JKR Selangor telah melaksanakan sistem lapor jalan berlubang melalui aplikasi waze? Jika ya, nyatakan butir-butirnya
Selain daripada 12 Pihak Berkuasa Tempatan, penggunaan aplikasi waze untuk pelaporan jalan berlubang di negeri Selangor telah pun diperluaskan ke pihak JKR Negeri Selangor bermula awal Januari 2018. Perincian adalah seperti berikut:
- JKR Negeri Selangor – Ibu Pejabat
- JKR Daerah Gombak;
- JKR Daerah Petaling;
- JKR Daerah Kuala Selangor;
- JKR Daerah Hulu Langat;
- JKR Daerah Sepang;
- JKR Daerah Klang;
- JKR Daerah Kuala Langat;
- JKR Daerah Hulu Selangor; dan
- JKR Daerah Sabak Bernam
-
Nyatakan langkah-langkah yang diambil oleh JKR Selangor bagi memastikan masalah jalan berlubang boleh diselesaikan dengan segera.
Pelan penyelenggaraan jalan oleh JKR Selangor adalah dengan pelaksanaan Kontrak Jangka Panjang Penyelenggaraan Jalan-Jalan Negeri Di Negeri Selangor (Zon I, Zon II Dan Zon III) kepada tiga syarikat konsesi utama iaitu SRM Setia Sdn Bhd (Zon I), Jurumart Sdn Bhd (Zon II) dan Edgenta Propel Bhd (Zon III). Peranan syarikat konsesi dalam kerja penyelenggaraan jalan di Selangor adalah berdasarkan tiga (3) skop kerja utama dalam kontrak iaitu melibatkan penyelenggaraan rutin, penyelenggaraan berkala dan kerja
Pelaksanaan kerja-kerja penyelengaraan jalan adalah berpandukan kepada Piagam Pelanggan JKR yang mana menetapkan tindakan sementara pembaikan lubang akan dilaksanakan dalam tempoh 24 jam (1 hari) dan tindakan pembaikan kekal akan dilaksanakan dalam tempoh 3 hari setelah aduan diterima. Bagi memudahkan aduan diterima, terdapat 15 saluran aduan rasmi JKR yang boleh digunakan untuk menyampaikan maklumat / aduan:-
- Aduan Jalan KKR
- Sistem Pesanan Ringkas
- HOTLINE Aduan
- Laporan Akhbar
- Surat kepada JKR
- Walk In ke Pejabat JKR
- Sistem Aduan JKR Care
- Biro Pengaduan Awam (BPA)
- PEMUDAH
- Email Aduan
- Email Komunikasi
- SISPAAA
- Hari Bertemu Pelanggan
Selain itu, sistem rondaan secara jabatan dan melalui pihak konsesi juga dilaksanakan bagi mengenalpasti masalah-masalah penyelenggaraan jalan serta kaedah pembaikan awalan dapat diambil tindakan