Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018
120) TINDAKAN TEGAS KEGIATAN MAKSIAT JUDI HARAM PELACURAN SELANGOR
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan tegas telah diambil oleh Kerajaan demi menumpaskan kegiatan judi haram, maksiat dan pelacuran di setiap Daerah?
Antara tindakan tegas yang diambil oleh Kerajaan Negeri melalui PBT untuk membanteras kegiatan judi haram, maksiat dan pelacuran di Negeri Selangor adalah seperti berikut:-
- Melaksanakan tindakan pantas melalui pemantauan dan penguatkuasaan bersepadu dan serta merta bersama-sama agensi-agensi penguatkuasaan yang berkaitan terhadap pengusaha yang menyalahgunakan lesen Pusat Hiburan Keluarga / premis untuk tujuan perjudian. Antara agensi yang berkaitan adalah seperti berikut:-
- Polis DiRaja Malaysia (PDRM);
- Jabatan Imigresen;
- Jabatan Anti Dadah Kebangsaan (AADK);
- Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS);
- Pejabat Agama Islam Daerah (PAID);
- Pejabat Kesihatan Daerah; dan
- Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
- Selain itu, lesen premis Pusat Hiburan Keluarga (PHK) yang didapati disalah gunakan sebagai pusat perjudian akan dibatalkan dan peralatan
PHK akan disita serta premis akan ditutup. Antara tindakan yang boleh dikenakan terhadap pengusaha judi haram adalah di bawah:-
- i) Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953;
- Enakmen Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan 1995 Negeri Selangor;
- Bagi kegiatan pelacuran, bidang kuasa pihak PDRM dan Jabatan Imigresen adalah lebih luas di mana pengusaha boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang. Manakala premis pusat kecantikan dan kesihatan yang melanggar syarat boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 3 Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan 2007 dan Seksyen 3 Akta Kerajaan
-
Sila menyatakan terperinci jumlah operasi bersepadu telah diambil bersama PBT dan Jabatan-jabatan Kerajaan lain setiap Daerah?
Sebanyak 372 operasi bersepadu dilaksanakan pada tahun 2017 yang meliputi operasi bersepadu bagi kegiatan maksiat, judi haram dan pelacuran di Negeri Selangor. Operasi bersepadu ini melibatkan PBT dan jabatan-jabatan agensi Kerajaan antaranya seperti Pejabat Daerah, JAIS, Pejabat Agama Islan Daerah, PDRM, Imigresen dan AADK. Pecahan bilangan operasi mengikut PBT adalah seperti berikut:-
Bil.
PBT
Bilangan Operasi Bersepadu Bagi Kegiatan Maksiat, Judi Haram Dan Pelacuran Tahun 2017
1. MBSA 123 Operasi 2. MBPJ 92 Operasi 3. MPSJ 15 Operasi 4. MPS 20 Operasi 5. MPKj 25 Operasi 6. MPK 74 Operasi 7. MPAJ 3 Operasi 8. MDKL 11 Operasi 9. MDSB 2 Operasi 10. MDKS 7 Operasi 11. MPSp Tiada 12. MDHS Tiada Jumlah Keseluruhan 372 Operasi ***Sumber: Semua PBT Negeri Selangor
-
Sila menyatakan jumlah lesen dibatalkan?
Pada tahun 2017, sebanyak 17 lesen premis perniagaan telah dibatalkan bagi kesalahan melanggar syarat perniagaan iaitu MBSA sebanyak satu (1) lesen, MBPJ sebanyak 15 lesen kerana menjalankan aktiviti urutan badan dan MDKS sebanyak satu (1) lesen di bawah kesalahan