Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

108) LEBUHRAYA DAMANSARA-SHAH ALAM (DASH)

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah pegangan saham Kerajaan Negeri dalam DASH.

    Hasil semakan dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mendapati tiada pegangan saham Kerajaan Negeri di dalam Lebuhraya

  2. Nyatakan jumlah pampasan yang telah dibayar bagi membina lebuhraya tersebut.

    LLM memaklumkan bahawa jumlah pampasan yang telah dibayar bagi pengambilan tanah untuk pembinaan Lebuhraya DASH adalah berjumlah RM937,140,653.13 di mana pampasan berjumlah RM880,000,000.00 telah ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan manakala RM57,140,653.13 telah ditanggung oleh syarikat konsesi Lebuhraya DASH iaitu Projek Lintasan Damansara-Shah

Lampiran

Tiada Lampiran.