Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018
105) JALAN PINTAS SUNGAI PELEK – KLIA/KLIA2
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Telah dilaporkan dalam media bahawa jalan pintas antara Sungai Pelek dan KLIA/KLIA2 telah dibuka untuk laluan trafik. Adakah jalan yang dimaksudkan di atas diluluskan dan dibina oleh JKR?
Jalan yang dirujuk, yang dilaporkan melalui media melalui Berita Harian pada 13 Februari 2018 bukan dilaksanakan oleh pihak
-
Sekiranya, beri maklumat terperinci terhadap projek ini termasuk kos dan kontraktor.
Jalan sedia ada tersebut telah dibaiki oleh Ahli Pembangunan Persekutuan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Pelek, Datuk Ng Chok Sin dengan kelulusan oleh pihak Malaysian Airport Holding Berhad (MAHB). Pembaikan jalan dengan kaedah hamparan batu (crusher run) tersebut dianggarkan sepanjang 3KM dengan kos RM100,000.00 hasil daripada sumbangan penduduk dan melalui tanah ladang milik MAHB.