Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

101) PROJEK PEMBANGUNAN RUMAH SELANGORKU

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila huraikan apakah perkembangan dan pencapaian terkini projek tersebut.

    Kerajaan Negeri secara keseluruhannya telah meluluskan sebanyak 100,577 unit Rumah Selangorku (RSKU) sehingga kini. Sehingga Februari 2018, sebanyak 3,626 unit RSKU telah siap dibina dan telah diserahkan kunci. Manakala sebanyak 20,627 Unit RSKU sedang dibina. Perinciannya adalah seperti berikut :-

     

    TAHUN KELULUSAN BIL PROJEK DALAM PEMBINAAN  

    DALAM PERANCANGAN

    SIAP DIBINA
     

    2014

    38

     

    (15,318)

    10

     

    (6,700)

    17

     

    (6,024)

    11

     

    (2,594)

     

    2015

    75

     

    (41,194)

    15

     

    (10,941)

    55

     

    (29,239)

    5

     

    (1,014)

     

    2016

    32

     

    (18,214)

    4

     

    (2,986)

    27

     

    (15,216)

    1

     

    (12)

     

    2017

    44

     

    (25,164)

     

    43

     

    (25,158)

    1

     

    (6)

     

     

    2018

    6

     

    (687)

     

    6

     

    (687)

     

     

    JUMLAH

    195

     

    (100,577)

    29

     

    (20,627)

    148

     

    (76,324)

    18

     

    (3,626)

  2. Sila nyatakan kenapa masih terdapat projek Rumah Selangorku yang terpaksa dibatalkan walaupun kelulusan sudah diberikan.

    Pemaju yang diberikan kelulusan untuk membina Rumah Selangorku adalah dikehendaki memulakan pembinaan Rumah Selangorku dalam tempoh masa 2 tahun daripada tarikh kelulusan MMKN diperolehi. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) telah menubuhkan satu jawatankuasa khas yang dikenali sebagai Jawatankuasa Teknikal Pemantauan Pembangunan Rumah Selangorku untuk memantau pelaksanaan projek-projek Rumah Selangorku dan menjadi pemudah cara bagi pihak pemaju memperoleh kelulusan Kebenaran Merancang (KM) dan Pelan Bangunan (BP) daripada Pihak Berkuasa Tempatan. Walaubagaimanapun terdapat beberapa pemaju yang didapati masih gagal mematuhi syarat tersebut diatas beberapa faktor seperti:-

    Pemaju gagal mengemukakan sebarang status pelaksanaan projek kepada Kerajaan Negeri selepas diberikan kelulusan, setelah notis dan arahan kelewatan pembinaan Rumah Selangorku, pihak pemaju masih gagal memberikan kerjasama untuk membincangkan halatuju projek Rumah Selangorku.

    • Pemaju didapati tidak lagi berupaya dan tidak berminat dalam membangunkan projek Rumah Selangorku setelah memperoleh kelulusan MMKN daripada Kerajaan Negeri dan pihak pemaju juga telah mengemukakan laporan audit berkenaan.
    • Pemaju telah menjual tanah yang diluluskan untuk pembinaan Rumah Selangorku kepada pihak lain atau anak syarikat selepas memperoleh kelulusan MMKN. Justeru itu, secara langsung akan menyebabkan kerja – kerja pembinaan Rumah Selangorku lewat dan
    • Pemaju yang dikenal pasti masih gagal mengemukakan permohonan Kebenaran Merancang (KM) dalam tempoh masa dua belas (12) bulan dari tarikh kelulusan MMKN akan disenaraikan sebagai “Projek dalam pemerhatian khas”. Pemaju akan dipohon untuk mengemukakan justifikasi berkenaan kegagalan mengemukakan permohonan KM tersebut secara terperinci kepada pihak LPHS.
  3. Sila nyatakan apakah tindakan dan hukuman yan bakal dikenakan kepada pemaju yang ingkar membina Rumah Selangorku.

    Bagi pemaju yang ingkar untuk membina Rumah Selangorku, Kerajaan Negeri tidak akan teragak agak untuk mengambil tindakan tegas seperti berikut :-

    1. Kerajaan Negeri akan menarik balik kelulusan MMKN yang telah diperolehi oleh pihak
    2. Mengesyorkan kepada Pejabat Tanah Dan Galian Selangor untuk tindakan memasukkan kaveat pendaftar ke atas tanah pembangunan Rumah Selangorku bagi pemaju berkenaan. Kaveat pendaftar tersebut hanya akan di tarik balik setelah pembangunan Rumah Kos Rendah / Rumah Mampu Milik / Rumah Selangorku di tanah berkenaan
    • Menyenarai hitam ahli Lembaga Pengarah syarikat pemaju yang telah dikenal pasti daripada menjalankan sebarang pemajuan pembangunan perumahan dan hartanah di Negeri Selangor serta akan di panjangkan kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi tindakan penguatkuasaan

Lampiran

Tiada Lampiran.