Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018
90) LEBUHRAYA MERENTASI SELANGOR
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Terangkan berapa banyak hutan simpan yang terpaksa dikorbankan bagi tujuan tersebut dan berapakah pampasan yang diterima?
Bermula pada tahun 1992 – 2017, terdapat lapan (8) lebuhraya yang merentasi Hutan Simpanan Kekal yang mendapat kelulusan pembinaannya daripada Kerajaan Negeri Selangor. Senarai nama lebuhraya dan maklumat lengkap mengenai status tindakan terkini berkaitan lebuhraya tersebut adalah seperti di Lampiran
Jumlah pampasan gantirugi pokok yang diterima oleh Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan Negeri Selangor bagi tiga (3) projek lebuhraya terkini adalah seperti berikut dimana Lebuhraya EKVE iaitu berjumlah RM8,696,608.95, Lebuhraya SUKE iaitu RM8,136,192.00 dan Lebuhraya DASH iaitu RM514,879.26.
Selain itu, bagi pengambilan HSK di dalam projek Lebuhraya SUKE yang membuat pengambilan tanah HSK yang menempatkan Pejabat Hutan Daerah Selangor Tengah dan bangunan lain serta kuarters pegawai dan kakitangan akan dipindahkan ke pejabat sementara di bangunan baharu berserta dengan kemudahan-kemudahan yang lain dan disediakan tempat tinggal di apartmen. Penyewaan adalah di bawah tanggungjawab pemaju. Pejabat pentadbiran dan kuarters yang baharu akan dibina di dalam Hutan Simpan Ampang dengan kos pembinaan keseluruhannya dibiayai oleh pemaju dan jumlah kos pembinaan dianggarkan bernilai RM 7 – 10 juta.
LAMPIRAN I
SENARAI NAMA LEBUHRAYA DAN MAKLUMAT LENGKAP MENGENAI STATUS TINDAKAN TERKINI BERKAITAN LEBUHRAYA
BIL
NAMA LEBUH RAYA
SYARIKAT KONSESI
TAHUN PEMBINAAN
KELUASAN HSK YANG TERLIBAT (HA) JARAK LEBUH RAYA (KM) PEWARTAAN KELUAR / MASUK HSK KAWASAN PENGGANTIAN HSK (HA)
GANTIRUGI POKOK YANG DITEBANG (RM) STATUS TERKINI
1
Lebuh raya Utara – Selatan
Plus Expressway Berhad
1986
164.25
15.29
Tiada pewartaan keluar HSK
Tiada penggantian kawasan HSK
Tiada pembayaran gantirugi pokok
Proses penilaian gantirugi atau pampasan tanah dan pokok oleh Pasukan Task Force JPNS bersama Jabatan lain dan seterusnya mengangkat Kertas Ringkasan ke MTES. 2
Lebuh raya Kuala Lumpur – Karak
MTD
Construction Sdn Bhd
1992
182.17
13.38
Tiada pewartaan keluar HSK
Tiada penggantian kawasan HSK
RM94,011.00
Proses penilaian gantirugi atau pampasan tanah dan pokok oleh Pasukan Task Force JPNS bersama Jabatan lain dan seterusnya mengangkat Kertas Ringkasan ke MTES. 3
Lebuh raya ELITE
PLUS
Expressway Berhad
1993
63.54
5.2
G.N 2262-2010
Tiada penggantian kawasan HSK
Tiada pembayaran gantirugi pokok
Proses penilaian gantirugi atau pampasan tanah dan pokok oleh Pasukan Task Force JPNS bersama Jabatan lain dan seterusnya mengangkat Kertas Ringkasan ke MTES. 4
Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP)
Lingkaran Transkota Sdn. Bhd.
1997
11.753
0.95
Tiada pewartaan keluar HSK
Tiada penggantian kawasan HSK
Tiada pembayaran gantirugi pokok
Proses penilaian gantirugi atau pampasan tanah dan pokok oleh Pasukan Task Force JPNS bersama Jabatan lain dan seterusnya mengangkat Kertas Ringkasan ke MTES. 5
Lebuh raya Kuala Lumpur – Kuala Selangor (LATAR)
Kuala Lumpur – Kuala Selangor
Expressway Bhd
2008
3.134
0.43
G.N 1536-2011
7.6 ha di Daerah Hulu Selangor
RM163,000.00
– SELESAI –
6
Lebuh raya Bertingkat Lembah Klang – Timur (EKVE) / KLORR Ahmad Zaki Resources Sdn Bhd (AZRB) 2015
106.65
11.56
Dalam proses pewartaan keluar/masuk HSK
126 ha di Daerah Hulu Langat
RM8,696,608.95
JPNS akan mengeluarkan surat kepada AZRB mengenai status kawasan penggantian HSK.
7
Lebuh raya Bertingkat Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE) Projek Lintasan Kota Holding Sdn. Bhd. (Prolintas)
2016
26.01
2.5
Dalam proses pewartaan keluar/masuk HSK
52.00 ha bersempadanan HS
Sg Lalang
RM8,136,192.00
Prolintas sedang proses membuat pengambilan tanah kerajaan dan seterusnya untuk dijadikan HSK
8
Lebuh raya Bertingkat Damansara – Shah Alam (DASH) Projek Lintasan Kota Holding Sdn. Bhd. (Prolintas)
2016
2.541
0.5
Dalam proses pewartaan keluar/masuk HSK
20.00 ha bersempadanan HS Sg Lalang dan
2.541 di Bukit Cherakah
RM514,879.26
Prolintas sedang proses membuat pengambilan tanah kerajaan dan seterusnya untuk dijadikan HSK.
-
Apakah langkah baikpulih yang diambil bagi mengekalkan kehijauan alam sekitar?
Kesemua projek-projek ini telah mendapat kelulusan Kajian Penilaian Kesan Kepada Alam Sekitar (EIA). Oleh yang demikian, langkah-langkah mitigasi telah pun ditetapkan di dalam EIA tersebut oleh jabatan-jabatan atau agensi-agensi berkenaan serta perlu dipatuhi sepenuhnya terutamanya bagi kawalan alam sekitar dan pengurangan kemusnahan hutan.