Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018
89) PELABURAN ASING DI SELANGOR
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah usaha-usaha Kerajaan Selangor dalam menjalankan projek usahasama dengan pelabur-pelabur asing?
Aktiviti pelaburan bukan sahaja menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri, tetapi juga membuka peluang bagi projek usahasama dengan Kerajaan Negeri melalui penglibatan anak-anak syarikat Kerajaan
Kerajaan Negeri sentiasa meneroka peluang – peluang bagi menjalankan projek usahasama yang bersesuaian dengan penglibatan pelabur – pelabur asing. Antara usaha – usaha yang dilaksanakan seperti;-
- Menjemput anak-anak syarikat bagi menyertai setiap misi lawatan pelaburan ke luar Negara bagi meneroka projek – projek usahasama;
- Mengadakan program ‘business matching’ setiap kali lawatan pelabur ke negeri
- Sentiasa mengadakan program networking bagi menjalinkan hubungan perniagaan antara anak – anak syarikat kerajaan negeri dengan dewan – dewan perniagaan tempatan
Namun begitu, kebanyakan pelabur asing disektor perkilangan yang mendapat bantuan Invest Selangor lebih cenderung untuk beroperasi tanpa konsep usahasama dengan mana-mana pihak.
-
Sila senaraikan 20 pelabur-pelabur asing utama dalam negeri serta jumlah perancangan pelaburan masing-masing.
Senarai 20 pelabur – pelabur asing utama dalam Negeri mengikut Negara serta jumlah perancangan pelaburan masing – masing bagi tahun 2017 adalah seperti berikut;-
Negara
Projek
Peluang Pekerjaan Jumlah Modal Pelaburan (RM) Japan 13 756 533,596,629 Singapore 18 712 439,958,335 China 5 509 282,179,556 Netherlands 3 50 162,401,080 Germany 3 81 147,173,824 United Kingdom 3 110 81,786,670 Hong Kong 3 77 56,533,300 Norway 1 78 55,105,380 Taiwan 2 105 54,100,000 Thailand 3 134 44,200,461 India 1 86 37,977,854 Italy 1 30 34,598,087 Korea, Rep. 3 133 33,976,819 Egypt 1 39 30,000,000 Switzerland 1 0 20,593,892 Belgium 1 19 18,500,000 Sweden 1 1 13,518,503 Pakistan 1 58 11,610,000 Bangladesh 1 51 10,948,791 Cayman Island 1 39 6,814,000 France 1 21 6,720,000 Spain 1 44 6,700,000 Iran 1 0 6,671,660 Syria 1 30 6,100,000 United States America (USA) 2 0 6,039,535 Australia 3 29 5,540,684 Rep. of Yemen 1 9 2,453,789 Lain – lain Negara 12 853 49,099,687 Jumlah 2,164,898,536 Sumber : MIDA
* Nota : Senarai nama syarikat pelabur tidak dapat dinyatakan tanpa persetujuan dan kebenaran pihak syarikat.