Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

76) GERAN PENYELIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah terdapat geran penyelidikan di dalam bidang sains dan teknologi khususnya bagi menghadapi cabaran Revolusi Perindustrian 4.0 di Selangor?

    Sehingga kini tiada geran penyelidikan khusus Revolusi Perindustrian 4.0 di dalam bidang sains, teknologi di Negeri Selangor. Walau bagaimanapun, pada tahun 2017, terdapat geran penyelidikan dan pembangunan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) Negeri Selangor yang telah di peruntukkan kepada Universiti Selangor (UNISel) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) di Negeri

    Selangor berjumlah RM951,641.80.

Lampiran

Tiada Lampiran.