Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018
74) KEKURANGAN DAN PEMBANGUNAN SEKOLAH AGAMA MENENGAH DI BAWAH JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR DI DAERAH KLANG
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah bilangan pelajar sekolah rendah dan Menengah Agama Daerah sejak 2013 hingga 2018?
Berikut merupakan bilangan pelajar Sekolah Rendah dan Menengah Agama Daerah sejak 2013 hingga 2018:
Kategori Sekolah Agama Tahun 2013 2014 2015 2016 2017 2018 Sekolah Rendah Agama 129,378
132,270
134,741
136,906
135,441
139,571
Sekolah Menengah Agama 13,200
13,716
15,215
16,690
13,790
12,716
-
Adakah ada halangan menambah kelas, guru dan kakitangan untuk sekolah menengah agama sediaada?
Secara asasnya tiada halangan untuk menambah kelas, guru dan kakitangan bagi sekolah agama menengah sedia ada. Walaubagaimanapun, keutamaan bajet kali ini adalah untuk pembangunan maahad tahfiz yang diuruskan sepenuhnya oleh Kerajaan
-
Bagaimanakah Sekolah Agama Menengah Nurul Iman dapat membantu pengurangan kepadatan pelajar di SMK Meru?
Sekolah Agama Menengah Nurul Iman tidak boleh menjadi alternatif bagi mengurangkan kepadatan pelajar di SMK Meru kerana kepadatan penduduk di sekitar kawasan SMK Meru jauh lebih tinggi berbanding kepadatan di sekitar SAM Nurul Iman. Tambahan pula, SAM Nurul Iman agak jauh dari SMK