Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

73) PERODUA JALAN UNIVERSITI

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan tindakan tindakan penguatkuasaan terhadap permis Perodua Jalan Universiti sejak perkara ini dibincang dalam sidang dewan yang lepas.

    Tindakan penguatkuasaan yang telah dan sedang dilakukan oleh Majlis berhubung keatas premis penjualan kereta perodua di Jalan Universiti adalah meliputi tindakan empat belas (14) kompaun dan satu (1) notis penguatkuasaan bagi kesalahan dibawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian MBPJ 2007 dan Undang- Undang Kecil Iklan MBPJ 2007 serta kesalahan salahguna bangunan di bawah bawah Seksyen 70(12), Akta Jalan Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133) yang mana ianya dalam tindakan penyediaan fail pengaduan ke mahkamah

Lampiran

Tiada Lampiran.