Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018
72) BAS SELANGORKU DAERAH SABAK BERNAM
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah Bas Selangorku daerah Sabak Bernam.
3 buah bas
2 buah bas bagi laluan SB01: Sekinchan – Sungai Besar – Sabak Bernam
1 buah bas bagi laluan SB02: Sabak Bernam – Sungai Air Tawar – Sungai Lang Pekan Parit Baharu.
-
Nyatakan secara terperinci kos pengurusan bas tersebut.
Operator bas yang telah dilantik adalah Wawasan Sutera Travel and Tour Sdn Bhd. Kos perbelanjaan yang ditetapkan adalah RM800.00/ hari. Perbelanjaan ditanggong oleh kerajaan negeri keseluruhanya
-
Nyatakan jumlah pengguna bas tersebut mengikut jantina.
Maklumat jumlah penumpang mengikut jantina tiada. Jumlah keseluruhan penumpang Bas Smart Selangor bermula operasi dari bulan Mei 2016 hingga Januari 2018 berjumlah 193,911 orang dan kos yang telah dibelanja sebanyak RM914,460.00